Rencah HidupUncategorized

Buat cerita macam ‘bodoh’ baru orang baca?

SUKAR nak puaskan hati semua orang. Lain orang lain citarasa dan pendekatan namun dalam berbuat baik, kalau ada yang nak mengutuk, pasrah sajalah.

Disebabkan mahu kanak-kanak selamat pergi dan balik sekolah, kawasan pendalaman di Sabah mendapat perhatian seorang individu yang bertindak menyumbang bot untuk kegunaan kanak-kanak sekolah.

Dua tahun lamanya kanak-kanak sekolah yang tinggal  di daerah Pitas dikatakan bersesak-sesak menaiki bot untuk ke sekolah, Sekolah Kebangsaan Mengkapon.

Alah bisa tegal biasa, kumpulan kanak-kanak ini yang dikatakan dari Kampung Pituru Timbang Taun dan Kampung Mengkapon Laut berhati cekal demi menuntut ilmu.

Bersesak-sesak nak bot, satu hal. Jaket keselamatan? Apa itu, bah? Memang tak adalah dibekalkan untuk kanak-kanak sekolah yang menjadi penumpang bot.

Andai kata berlaku sesuatu, malang tidak berbau, keselamatan sekumpulan kanak-kanak ini tidak boleh dibayangkan.

Kalau diikutkan, di Sabah, ramai pemimpin dan ahli politik termasuk usahawan yang mampu menyumbang bot untuk dijadikan pengangkutan buat kumpulan kanak-kanak sekolah ini.

Namun seorang individu dari Semenanjung terpanggil hatinya untuk menyumbangkan dua buah bot untuk kegunaan kanak-kanak sekolah ini.

Atas sikap prihatin mendorong individu berkenaan untuk membuat sumbangan material dua buah bot gentian kaca namun rasanya, keselamatan kanak-kanak yang bersesak-sesak menaiki bot umpama ikan sardin adalah faktor yang menggerakkan hati inidividu dari Semenanjung ini untuk membantu kanak-kanak sekolah.

Tidak kisahlah bot yang disumbangkan itu bukanlah bot baharu tetapi sudah digunakan selama setahun.

Kedua-dua bot yang disumbangkan itu masih kelihatan baru dan yang paling penting, ia berada  dalam keadaan atau kondisi yang baik.

Satu bot berukuran 7.6 meter panjang dan satu lagi, 5.8 meter panjang dan kedua-dua bot ini menggunakan enjin dengan 30 kuasa kuda dan beberapa jaket keselamatan turut disertakan.

Kalau mengikut kapasiti atau kemampuan muatan, bot yang lebih besar boleh memuatkan lebih 30 murid manakala yang lebih kecil pula boleh memuatkan 15 orang murid. Ini sudah lebih daripada cukup.

Nasib kanak-kanak ini berubah apabila Khairul Abidin, salah seorang penduduk kampung di Pitas yang menularkan gambar-gambar kanak-kanak sekolah bersesak-sesak menaiki bot tanpa memakai jaket keselamatan bukan sahaja tular di media sosal sebaliknya mendapat perhatian individu berkenaan yang menyumbangkan dua buah bot gentian kaca untuk kegunaan pelajar-pelajar sekolah.

Sesuai sangat dengan pengenalan individu yang menyumbang bot-bot kaca itu yang memperkenalkan dirinya sebagai anggota Pertubuhan Amal Team dari Bangi, Selangor.

Semoga sumbangan yang dihulurkan untuk kegunaan kanak-kanak sekolah ini memudahkan urusan pengangkutan air mereka demi menuntut ilmu. – SUMBER FMT – SM

(Visited 541 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button