Hiburan

Bro-Bro gaduh tak boleh lama pun, kenang semula perjuangan

MASIH hangat memperkatakan tentang 3 selebriti, Jep, Shuib dan Mamat yang menjadi isu mereka sering berbalas di media sosial kerana sebuah podcast baru-baru ini.

Sebelum ini Jep mengeluarkan kenyataan menerusi media sosialnya, mengatakan podcast Mamat bersama Shuib ada ditokok tambah sehingga Jep tidak berpuas hati.

Memetik laporan Harian Metro, Mamat berkata, dia masih ingat setiap satu perkara yang terjadi pada 16 tahun lalu yang diceritakan di dalam podcast Dol’s yang dikendalikan Shuib bersama Shuk Sahar dan Fizie.

‘’Apa yang saya ceritakan dalam podcast itu berlaku kira-kira 16 tahun yang lalu. Alhamdulillah Tuhan beri saya daya ingatan yang kuat.

‘’Mungkin ada orang yang sudah lupa mengenai kejadian itu membuatkan ia dianggap sudah ditokok tambah. Lagipun mana boleh padam sejarah yang pernah terjadi.

Dalam pada itu, Mamat bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut tentang isu pergaduhan di antara mereka kerana tidak mahu lagi mengeruhkan keadaan.

Menurutnya, perkara yang berlaku sebelum ini adalah tidak disengajakan dan hubungan mereka kini baik-baik sahaja.

‘’Saya enggan mengeruhkan lagi keadaan ini. Kami bertiga sudah dianggap seperti adik-beradik. Tiada apa yang kami nak terasa. Apa yang berlaku sebelum ini semua tidak sengaja.

‘’Tiada apa yang membuatkan kami tidak selesa. Insya-Allah semua baik-baik saja. Bagi saya perkara ini tiada apa kerana saya pernah menghadapi ujian yang lebih besar.

‘’Lagipun zaman media sosial sekarang ini mudah viral. Hubungan saya dengan Jep dan Shuib baik.

Menerusi podcast tersebut, Mamat mengimbau kenangan sewaktu kumpulan Sepah ingin menghadiri uji bakat program lawak dan mereka lulus namun Shuib menarik diri disebabkan bergaduh besar dengan Jep.

Shuib juga mendedahkan dia dan Jep hampir bertumbuk di kedai mamak kerana rasa tidak puas hati antara satu sama lain dan Mamat menjadi orang tengah dan mendamaikan mereka.

Artikle Berkaitan :>

Watie punyai ciri-ciri yang sesuai, anak-anak dan ibu pun selesa – Shuib

Jep Sepahtu berang akaun palsu guna namanya

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button