fbpx
Nasional

Bossku mohon PM8 timbang semula

Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kerajaan mempertimbangkan semula cadangan membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan wang simpanan mereka.

Menurut Najib, kebenaran itu bukan membolehkan pencarum mengeluarkan kesemua wang yang ada, tetapi adalah secara sekali sahaja iaitu ditepakan maksimum RM10,000 sahaja.

“Mungkin boleh pertimbangkan untuk pencarum keluarkan duit sekarang pada masa paling terdesak dan membenarkan serta menggalakkan pencarum ‘top-up’ semula pada masa depan apabila keadaan pulih?

Bukan keluarkan semua tapi hadkan kepada pengeluaran “one-off” sehingga RM10k,” kata Najib dalam hantaran ke Facebook.

Kerajaan juga katanya, boleh memastikan KWSP diberikan peluang dengan pelbagai projek untuk untung besar pada masa hadapan untuk memberi pulangan lebih besar kepada pencarum demi memulihkan baki akaun KWSP seperti apa yang kerajaan BN buat dahulu dengan projek Kwasa Damansara, pemilikan kepentingan 49% dalam PLUS dan projek Battersea UK.


“Jangan hanya beri segala projek-projek seperti ini kepada pihak swasta sahaja sebab kita perlu ingat dan sedar bahawa Rakyat adalah kroni sebenar kita. Mohon PM8 pertimbang semula,” kata Najib.

Show More

Related Articles

Back to top button