PolitikPRK

Bossku bagi ‘F’ kepada Shafie

PILIHAN Raya Negeri Sabah semakin panas dengan kempen yang berlangsung.
Baik kempen melalui ceramah-ceramah, bendera dan media sosial ia semakin rancak menjelang tarikh pengundian hujung bulan ini.
Malam ini Datuk Seri Najib Tun Razak yang popular dengan panggilan Bossku membacakan kad laporan khidmat Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah.
Melalui hantaran ke Facebook miliknya, Najib memberi semua F atau gagal kepada Shafie.
Shafie, mari sini duduk sebelah saya.
Saya jelaskan satu-satu report card kamu.
1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F!
2. Kadar pengangguran 2019 iaitu 5.8% adalah yang tertinggi. Ini gred F!
3. Pertumbuhan ekonomi Sabah 2018 hanya 1.5 peratus. Paling teruk antara semua negeri. Ini gred F!
4. Pertumbuhan ekonomi Sabah 2019 hanya 0.5 peratus. Paling teruk antara semua negeri. Ini gred F!
5. Kira-kira 10 daerah di Sabah, pendapatan rakyat jatuh lebih rendah pada 2019 berbanding masa BN. Ini gred F!
Ada faham Shafie?
2 tahun Sabah di tangan PH/Warisan.
2 tahun Sabah dimusnahkan.
Ekonomi teruk. Pekerjaan tiada.
Hari ini Shafie kata tak perlu bagi rakyat bantuan?
Saudara-saudari rakyat negeri Sabah.
Tumbangkan Warisan!!!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button