Politik

Kerajaan Persekutuan perlu teruskan usaha murni Kerajaan PH di Sabah

BEKAS Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail aga meneruskan usaha usaha murni Kerajaan Pakatan Harapan dalam merencana pembangunan di Sabah dan Sarawak.

Dr. Wan Azizah yang merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat Parti Keadilan Rakyat berkata, selama 22 bulan kerajaan Warisan dan PH memerintah Sabah telah banyak polisi yang berteraskan kebajikan rakyat dilaksana.

Bagaimanapun menurutnya, masih banyak yang perlu dilakukan untuk membantu masyarakat di Sabah.

“Saya turut terkesan dengan masalah pembangunan di Sabah ini. Saya ingin menasihati kerajaan hari ini supaya meneruskan usaha murni Kerajaan PH dalam merencana pembangunan di Sabah dan Sarawak.

“Jangan menghina rakyat Sabah yang kreatif mencari internet kerana kelemahan kerajaan persekutuan menyediakan infrastruktur yang selengkapnya,” kata Dr. Wan Azizah.

Justeru, Dr. Wan Azizah meminta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin tidak menggunakan isu bantuan untuk meraih undi.

Katanya, Muhyiddin tidak sepatutnya menjadi Perdana Menteri untuk negeri-negeri yang ditadbir parti Kerajaan Persekutuan atau mereka yang mengundi parti Kerajaan Persekutuan.

Jelas beliau, Kerajaan PH dahulu sentiasa mengutamakan kebajikan yang saksama.

Dr. Wan Azizah berkata ketika menjadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat beliau sendiri telah memberi geran RM10 juta untuk penubuhan 65 buah Taska termasuk di Sabah.

Pada tahun 2019, Kerajaan Persekutuan PH juga telah membantu seramai 496,518 orang penerima bantuan di seluruh negara melalui peruntukan sebanyak RM1.765 billion di bawah Bantuan Sosio Ekonomi Jabatan Kemajuan Masyarakat.

Muhyiddin hari ini berkata, lebih banyak bantuan dan peruntukan dapat disalurkan kepada Sabah untuk dinikmati rakyat di negeri itu sekiranya kepimpinan kerajaan Negeri di Bawah Bayu sebaris dengan Kerajaan Persekutuan.

Perdana Menteri berkata buat masa ini, Kerajaan Persekutuan hanya dapat memberi bantuan kepada Sabah setakat yang diwajibkan dalam Perlembagaan Persekutuan kerana kerajaan negeri tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan.

“Kita bantu tetapi bantuan itu setakat mana kita diwajibkan oleh Perlembagaan Negara, itu hak orang Sabah,” katanya ketika berucap pada Program Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama SAHABAT Kudat di Dewan Tun Mustapha di sini hari ini.-SM

 

 

(Visited 157 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button