Politik
Bosku kini seorang diri dalam penjara, beliau harus diberi pengadilan – Ahmad Zahid
Akar umbi dan para pemimpin dalam UMNO tidak seharusnya mengungkit cerita bekas Pengerusi parti itu, Datuk Seri Najib Razak di penjara dengan perkara-perkara buruk.
Ujar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, akar umbi dan para pemimpin dalam UMNO sepatutnya mendoakan agar Najib diberi pengadilan.
“Ada dalam kalangan kita terus bersuara mempertikaikan Bossku. Diulang-ulang isu pendakwaan beliau walaupun kita tahu ia pendakwaan politik.
“Kita menuntut supaya beliau diberi pengadilan yang seadil-adilnya,” Ahmad Zahid berkata demikian semasa berucap di Pusat Dagangan Putra (WTC), Kuala Lumpur.