Berita
Bomba selamatkan wanita OKU cedera terperangkap dalam rumah
SUNGAI SIPUT 25 Dis. – Anggota bomba terpaksa memecahkan pagar rumah seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang terperangkap dalam rumahnya di sini hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu yang berlaku di Taman Tun Sambathan di sini pada pukul 8.54 pagi.
Menurutnya, maklumat daripada jiran mangsa terdapat seorang wanita OKU terperangkap dalam rumah dengan kesan darah atas lantai.
“Wanita itu, Ong Yun Kim, 56, dipercayai sakit dan mengalami kecederaan.
“Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu pagar dan menyerahkan wanita itu kepada pihak ambulans,” katanya. – Perak Gazette
Gambar Ihsan JBPM