Nasional

Bomba selamatkan seekor kucing terperangkap di bumbung bangunan

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 16 Jun – Tugas anggota bomba bukan sekadar menyelamatkan manusia serta harta benda, malah sanggup
mempertaruhkan nyawa menyelamatkan seekor kucing.

Itu adalah antara tindakan anggota dari Balai Bomba dan Penyeamat (BBP) Cheng dekat sini apabila
menjalankan operasi menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap di atas bumbung bangunan kedai dua tingkat
di Taman Krubong Jaya di sini malam tadi.

Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Suhaimi Atan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul
8.23 malam dan sebuah jentera dengan lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya anggota bomba mendapati seekor kucing terperangkap di bumbung bangunan kedai dua tingkat di
Taman Krubong Jaya,” ujarnya.


Menurutnya, anggota bomba mengambil masa kurang daripada 25 minit sebelum dapat membawa turun seekor
kucing dengan selamat.

(Visited 24 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button