Nasional

PRN Melaka: BN bukan nak jadi abang besar tapi…

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin menegaskan, Barisan Nasional (BN) bukannya mahu menjadi abang besar tetapi UMNO perlu menjadi parti teras.

Beliau berkata, ini disebabkan UMNO masih lagi relevan untuk politik Malaysia dan juga bagi memastikan kestabilan politik negara ini.

“Ketiadaan parti teras akan menyebabkan ketidaksetiaan kepada parti dan berlaku lompat melompat sehingga sukar mengawal kestabilan politk negara atau negeri,” katanya.

Khaled berkata, kalau tiada parti teras, banyak sangat tawar menawar, banyak sangat tolak-ansur sehingga perkara yang sangat penting berasaskan perjuangan parti tidak boleh dilaksanakan disebabkan tiada parti teras.

“Atas sebab itulah UMNO pada PRN Melaka ini perlu bertanding lebih daripada 14  atau 15 kerusi supaya boleh menjadi parti teras. Tiada parti teras, tiada kestabilan.

“Ini rakyat Melaka kena tentukan. Kalau ikutkan UMNO, kalah pada PRU14 lalu tetapi tidak mati. Jadi, pilihlah UMNO,” katanya ketika tampil dalam rancangan Gegau Melaka yang disiarkan secara langsung di Facebook BN COMMS malam tadi.

Khaled berkata demikian ketika mengulas dakwaan BN cuba menjadi abang besar pada PRN Melaka ini sehingga membuat keputuan bertanding secara solo.

Beliau menjelaskan langkah BN bertanding secara solo bukan hendak menjadi abang besar tetapi untuk mengembalikan kestabilan politik dan kerajaan negeri Melaka khususnya dan negara, amnya, melalui pendekatan parti politik teras.

PRN Melaka dijadualkan pada 20 November ini dan BN bertanding di 28 kerusi dengan pembahagian UMNO bertanding di 20 kerusi sementara 7 diwakili MCA dan satu MIC.

Dalam masa yang sama, BN menggunakan pendekatan 3K iaitu kualiti, kepelbagaian dan kemajmukan dalam memberi kepercayaan kepada calon muda selain kerja keras.

Bagi BN, kata Khaled, kualiti tiada kompromi dengan  meletakkan calon berkualiti, dapat memenuhi hasrat pengundi.

“Bagi kepelbagaian dan kemajuan kita tawarkan kepelbagaian dari segi kaum, usia dan latar belakang serta sifat kerja keras adalah penting bagi memastikan calon sentiasa sedia berkhidmat kepada masyarakat. Walaupun kalah, UMNO tetap ada jalan,” katanya.

Semua calon, kata Khalid, juga perlu berpaksi kepada matlamat kewujudan UMNO iaitu didahului dengan amal bakti dan kedua, politik.

“Kalau tidak berpegang pada matlamat, kalau UMNO kalah, sudah lama habis tapi UMNO masih kekal kerana semua ahli dilatih sedar keadaan masyarakat dan fikir bagaimana hendak menyelesaikan masalah rakyat,” ujar beliau. – SM

 

(Visited 142 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button