Ekonomi

Bliese rancang kembangkan jenama ke rantau Asia

BLIESE, jenama wangian tempatan yang ditubuhkan pada 17 September 2019 telah menempa banyak kejayaan serta berjaya bersaing sebaris dengan jenama antarabangsa dalam pasaran negara.

Bliese (M) Sdn Bhd merupakan syarikat pengeluar produk wangian Bumiputera tempatan juga menguasai 8% daripada saiz pasaran penjagaan udara di Malaysia bagi tahun 2021.

Terdapat 3 produk utama yang menjadi rebutan ramai seperti Bliese Wooden Cap yang biasanya digunakan dalam kenderaan, Bliesematic Automatic Spray sesuai untuk wangian di ruang tamu serta bilik tidur dan wangian badan Bliese Body Perfume.

Barisan pengurusan tertinggi Bliese (M) Sdn Bhd bersama botol baharu Bliese EDP. Foto: Suara Merdeka

Setelah 3 tahun beroperasi, Bliese mula mengintai peluang untuk mengembangkan jualan jenama tersebuat ke pasaran antarabangsa bermula dengan rantau Asia. Pada ketika ini pihak Bliese sedang giat melakukan kajian pasaran serta persiapan lain yang perlu untuk menembusi pasaran wangian luar negara ujar Ketua Pegawai Eksekutif Bliese Suhaimi Saiful atau lebih mesra dengan panggilan Remy.

Bersempena ulang tahun yang ketiga syarikat wangian, Bliese kini melancarkan botol baharu bagi wangian badan iaitu Bliese EDP dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-3 Bliese malam semalam yang bertempat di Glenmarie Hotel & Golf Resort.


Rekaan kotak baharu Bliese EDP. Foto: Facebook Bliese HQ

“Pelancaran ini adalah disebabkan kami ingin membuat inovasi baru setelah 2 tahun kemunculan wangian badan tersebut. Wajah baharu EDP ini menampakkan lebih eksklusif dan elegan. Sesuai digunakan untuk semua peringkat umur”. tambah Remy lagi

Antara inovasi baharu yang dilakukan adalah penambahan isipadu wangian badan tersebut dari 30ml kepada 35ml. Penambahbaikkan telah dilakukan dengan rekaan botol yang lebih berkualiti serta bungkusan kotak yang lebih eksklusif, membuatkan jenama Bliese unik dan seiring dengan jenama wangian terkemuka dunia yang lain.

Tambahan, Bliese juga menawarkan pilihan kelas bauan bagi pengguna mereka mengikut personality yang tersendiri seperti Classic, Bold, Blooming dan Intense.

Selain itu juga, Bliese EDP diformulasikan menepati spesifikasi pengguna di Asia, dimana bahan asas diimport dari Eropah serta Bliese juga ada menjalin kerjasama dengan barisan ‘perfumer’ terkenal dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Bliese Suhaimi Sifu sedang menerangkan ciri-ciri baharu Bliese EDP. Foto: Suara Merdeka

Bliese memberi jaminan bahawa produk EDP yang mereka hasilkan selamat digunakan kerena telah mendapat pengiktirafan dari International Fragrance Association (IFRA) serta diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sebanyak 20,000unit terlah terjual dalam masa 45 minit selepas pelancaran Bliese EDP botol baharu ini. Terbukti wangian badan Bliese yang mempunyai 10 bauan lelaki dan 10 bauan wanita ini mendapat sambutan yang menggalakkan.

Remy juga memberitahu media bahawa pihaknya menyasarkan jualan sebanyak 4juta botol Bliese EDP menjelang akhir tahun 2023.

Mengulas mengenai pelancaran itu botol baharu Bliese EDP itu Remy berkata, ia bertujuan untuk memenuhi permintaan dan kepuasan pelanggan serta meluaskan pengaruh serta mengukuhkan penjenamaannya dalam kalangan pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Bliese Suhaimi Saiful (kanan) dan Naib presiden Jualan Rantau Asia Pasifik Sophian Jamaludin (kiri) dalam sesi sidang media di Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-3 Bliese malam semalam yang bertempat di Glenmarie Hotel & Golf Resort. Foto: Suara Merdeka

Selain dari pelancaran itu, kehadiran 60 orang Leader Bliese yang terdiri daripada dua peringkat tertinggi iaitu Pioneer dan Master Stockist yang sebelum itu menyetai program dua hari Bersama pengurusan tertinggi Bliese turut memeriahkan lagi majlis sambutan ulang tahun Bliese yang ketiga dengan slogan #MelangkahLebihBerani bagi meningkatkan lagi semangat Usahawan Bliese.

Fokus utama syarikat wangian tempatan ini adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan Berjaya yang berkualiti menjelang tahun 2023. Sehingga hari ini, Bliese telah mempunyai lebih dari 15,000 usahawannya yang berdaftar di seluruh Malaysia. – SM

Artikel berkaitan > Bliese bakal dijual di premis fizikal, perkenal 5 haruman baharu

 

 

(Visited 224 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button