fbpx
Hiburan

‘Black Panther’ meninggal dunia

PELAKON yang memegang watak adi wira Black Panther,  Chadwick Boseman meninggal dunia selepas bertarung selama empat tahun dengan penyakit kanser usus.

Pelakon berusia 43 tahun itu meninggal dunia di kediamnya di Los Angeles. Ketika menghembuskan nafas terakhir, Boseman ditemani isteri dan keluarganya di sisi.

Dia didiagnosis menghidap barah kolon tahap tiga pada tahun 2016 dan merahsiakan penyakitnya hingga ke saat kematiannya.

Boseman pernah melakonkan watak ikon kulit hitam Jackie Robinson dan James Brown sebelum mencapai kegemilangan melalui watak Black Panther melalui Marvel Cinematic Universe.

Dia muncul dalam empat filem melakonkan watak Black Panther iaitu Captain America: Civil War, Avengers: Infinity War, dan Avengers: End Game.


Dia baru-baru ini membintangi Spike Lee’s Da 5 Bloods. Peranan terakhirnya di layar perak adalah Ma Rainey’s Black Bottom yang kini dalam pasca produksi.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button