Belang Bertempat

Bila gajah depan mata tidak nampak

TEMPOH PKP akibat pandemik Covid-19 inilah peluang para wakil rakyat menunjukkan keprihatinan mereka masing-masing.

Jangan beri pelbagai alasan untuk membantu rakyat yang tertekan kehidupan yang terjejas akibat situasi semasa kerana nanti rakyat juga mencari alasan untuk menolak anda.

Bagaimanapun kerja yang dibuat hendaklah ikhlas dan bukannya untuk memburukkan orang lain, seolah-olah tidak menjaga pengundi.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim antara yang sering memberi bantuan kepada orang ramai.

Bagaimanapun sejak kebelakangan ini usaha YB itu kelihata lebih bermotifkan politik daripada berhasrat untuk membantu rakyat.

Apabila beliau memberi bantuan kepada masyarakat di Parlimen Ketereh ia menyerlahkan sikap hipokrit YB.

Ini jelas apabila baru-baru seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Bukit Mertajam menarik nafas lega apabila dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dengan lebih sempurna susulan penerima komputer riba.

Aktivis Sosial, Muhsin Latheef berkata, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Perwira itu berkongsi telefon bimbit bersama adiknya berusia lapan tahun untuk sesi PdPR selama ini.

Jelasnya, lebih setahun dua beradik itu berkongsi peranti memandangkan mereka tidak mampu membeli peranti lain atas faktor kewangan keluarga.

Kata Muhsin, Ruthreswary memaklumkan kesulitan yang dihadapinya untuk menyiapkan kerja sekolah dalam tempoh PdPR tanpa alat peranti komputer.

“Saya dimaklumkan ibu kepada remaja itu orang kelainan upaya (OKU) dan tidak mampu untuk bekerja sekali gus menyebabkan mereka tidak mampu untuk membeli peranti lain bagi memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar.

“Susulan itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tampil menyumbangkan sebuah komputer riba menerusi Yayasan Permai.

“Akhirnya hari ini saya dan sukarelawan Yayasan Permai mewakili beliau (Annuar) menyampaikan komputer riba itu kepada pelajar terbabit di rumahnya,” katanya.

Tambah Muhsin, dia mengharapkan pemberian komputer riba itu membolehkan pelajar tersebut lebih proaktif dalam pembelajarannya untuk menduduki SPM tahun depan.

Namun apa jua situasinya rakyat juga untung. Bagaimanapun apabila Menteri Wilayah Persekutuan itu mengumumkan Wilayah Bebas Berniaga dilanjutkan hingga ke akhir tahun ini, mengapa kerajaan Pulau Pinang tidak menyahutnya.

Jika lebih banyak kerajaan negeri mengambil pendekatan seperti Annuar lebih banyak manfaat dikecapi oleh rakyat ketika situasi sukar ini.

 

(Visited 573 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button