Nasional

Bil elektrik sepatutnya lebih murah sekarang – Najib

INI pasti menjadi berita baik jika betul berlaku penurunan harga bahan api penjanaan elektrik yang didakwa boleh mengurangkan tarif itu.

Justeru, kerajaan perlu menyiasat penurunan bahan api penjanaan elektrik seperti cecair gas asli (LNG) dan arang batu.

Sekiranya benar berlaku penurunan, adalah wajar kerajaan mengambil tindakan menurunkan tarif elektrik.

Menurut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, harga bahan api seperti arang dan gas asli jatuh 50 dan 75 peratus sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Hari ini, harga LNG turun lagi ke 2.50 Dolar Amerika Syarikat (AS) Sejuta Unit Therma British (MMBTU) berbanding 4.62 Dolar tahun.

“Pada Mac 2019, pengilang pernah tuntut kerajaan Pakatan Harapan (PH) turunkan tarif elektrik dan gas apabila harga LNG Jepun/Korea turun 60 peratus kepada 4.62 Dollar MMBTU daripada 11.81 Dollar MMBTU pada September 2018,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam status yang dimuatnaik menerusi Facebooknya hari ini.

[BACA ARTIKEL] Kalau tarif tak naik, akan hadapi masalah air — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Harga RON95, RON97 dan diesel turun — Suara Merdeka

Bagaimanapun, tindakan Najib seolah-olah menunjukkan kerajaan sengaja melengahkan penurunan tarif elektrik khusus bagi penggunaan domestik.

Masakan, sebagai kerajaan, kepimpinan dalam kementerian berkaitan tidak menyedari hal ini yang boleh menguntungkan rakyat.

“Sekarang, penurunan kedua-dua bahanapi begitu ketara tetapi kerajaan PH buat-buat tak nampak.

“Masa itu (Mac 2019), pengilang kata kerajaan perlu adil untuk turunkan tarif elektrik dan gas kerana Singapura pun turunkan kadar mereka.

“Lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad suruh pengilang beli gas dari Singapura jika tak puas hati,” jelasnya.

Kerajaan kaut keuntungan?

Selain itu, Najib turut menuduh kerajaan mahu mengaut keuntungan lebih tinggi disebalik penurunan harga bahan api penjanaan elektrik.

[BACA ARTIKEL] Pendapatan 500 orang terkaya dunia meningkat 25 peratus – Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Kerajaan tangguh PSP kerana bimbang kenaikan kos sara hidup rakyat – Suara Merdeka

“Adakah kerajaan PH akan terus membisu dan membebankan rakyat supaya mereka boleh terus mengaut keuntungan melampau?

“Sebenarnya, kerajaan PH sedar bahawa mereka sedang mengaut keuntungan lebih dari tarif elektrik tinggi.

“Sebab itu, menteri ‘kewayangan’ secara senyap-senyap kenakan cukai tambahan sebanyak RM3.98 bilion ke atas TNB pada akhir tahun lalu,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button