Angka kes harian COVID-19 terus naik mencanak dan belum menunjukkan tanda-tanda akan berkurangan meski pun peratusan penerima vaksinasi dilaporkan juga semakin meningkat.
Yang menimbulkan stress dalam kalangan masyarakat adalah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1 apabila semua orang duduk di rumah, angka kes harian menurun dalam tempoh dua minggu.
Berbeza dengan PKP 3 dan juga lockdown apabila masyarakat mematuhui SOP, boleh pula angka kes harian COVID-19 meningkat secara ‘membabi buta’ tanpa kawalan.
Nak Salahkan Rakyat Atau Petugas Barisan Hadapan?
Nak salahkan rakyat atau petugas barisan hadapan? Jawapannya memang tidak bolehlah kerana kebanyakan sektor ekonomi ditutup dan rakyat pun sampai ada yang hilang mata pencarian.
Nak salahkan petugas barisan hadapan? Hari-hari group Whatsapp berkongsi video wad kecemasan semakin padat dan petugas barisan hadapan masih bekerja tanpa henti.
Yang tinggal dan boleh dijadikan mangsa adalah syarikat degil yang beroperasi secara haram dan selamba mengugut para pekerja akan dibuang jika ingkar arahan majikan.
Selangor Kekal Juara Kes Harian Tertinggi
Jika ada yang bertanya kepada kes harian COVID-19 di Selangor amat tinggi berbanding negeri lain, jawapannya adalah kerana Selangor adalah pusat ekonomi, industri dan juga aktiviti.
Dalam masa yang sama, oleh sebab penduduk di Selangor tidak semuanya ada kebun dan boleh bercucuk tanam, mereka terpaksa keluar untuk mencari bekalan makanan.
Dari sinilah perebakan berlaku dengan sangat pantas tidak kiralah sama ada ke atas warga asing dan juga warga tempatan yang tanpa sedar, masing-masing menjadi ejen penyebar COVID-19.
Paling menakutkan, masyarakat kita tidak mengalami gejala COVID-19 yang serius seperti dalam video China awal tahun lalu, yang sekarang sudah hilang, dipercayai disekat dan dipadam Facebook.
Tahu-tahu sahaja sudah terkena COVID-19 dan apabila masuk ke wad kerana kategori tertentu, rasa sesak nafas akan terasa dan ada individu terpaksa ditidurkan.
COVID-19 Itu Benar Dan Vaksinasi Itu Pasti
Ternyata COVID-19 merupakan ejen yang bersifat menghapuskan populasi manusia menerusi wabak dan perkara ini tidak boleh disangkal lagi kerana ancaman wabak turut dinyatakan di dalam al-Quran.
Namun untuk bertanya khabar kepada pemerintah dan pembuat polisi mungkin seperti di Selangor misalnya, soalan sudah dapat dua dos vaksin atau belum tidak lagi valid untuk diungkapkan.
Yang paling valid ketika ini untuk ditanyakan kepada warga Selangor adalah, sudah kena COVID-19 atau belum? Bukan untuk menyakitkan hati sebaliknya ia tamparan sini kepada pihak bertanggungjawab.
P/s : Dua ahli keluarga penulis pun sudah terkena jangkitan COVID-19 dan kisahnya amat menarik untuk dikongsi apabila mangsa COVID-19 meninggal di dalam teksi miliknya!