BERSATU akan menulis surat rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon ditarik balik pembekuan akaun, kata Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Muhyiddin berkata SPRM perlu segera membatalkan pembekuan sekiranya tidak menemui sebarang bukti penyelewengan dana atau salah guna kuasa dalam akaun Bersatu.
“Ini penting, supaya pentadbiran Bersatu dapat berjalan dengan lancar, dan pekerja kita dapat gaji,” kata bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional itu. – SM