Politik

Bersatu sudah hantar notis kekosongan 6 kerusi Parlimen

PARTI Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menghantar notis kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memohon supaya enam kerusi Parlimen dipegang oleh wakil rakyatnya dikosongkan.

Menerusi satu kenyataan media, Ketua Whip Bersatu yang juga naib presiden parti, Ronald Kiandee, berkata, keahlian parti keenam-enam mereka yang sebelum ini menyokong Perdana Menteri, Anwar Ibrahim telah terhenti secara serta-merta.

“Justeru, sebagaimana Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan perenggan 3, Speaker Dewan Rakyat perlu memastikan berlakunya kekosongan luar jangka dalam masa 21 hari selepas notis diterima.

“Notis pemakluman kekosongan kerusi di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan membabitkan enam ahli Parlimen Bersatu yang terhenti keahliannya secara serta-merta sudah diserah dan diterima pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, hari ini,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button