Politik

Bersatu bawa Speaker Dewan Rakyat khilaf 4 Ahli Parlimen GRS ke mahkamah

PRESIDEN Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul terkhilaf dalam memutuskan tiada kekosongan empat kerusi Parlimen dimenangi bekas ahli parti itu atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS), pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Presiden parti Bersatu itu dalam satu kenyataannya hari ini berkata, pihaknya akan merujuk perkara ini ke mahkamah supaya keluhuran undang-undang sentiasa terpelihara selepas pihaknya percaya Johari membuat tafsiran khilaf berhubung Perkara 49A (3) Perlembagaan Persekutuan.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul .

“Memandangkan kuasa mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang terletak pada mahkamah, Bersatu akan merujuk perkara ini ke mahkamah supaya keluhuran undang-undang sentiasa terpelihara.

“Saya percaya mahkamah tempat yang sesuai untuk mendapatkan keadilan dalam hal ini memandangkan Yang Dipertua Dewan Rakyat daripada parti Pakatan Harapan (PH) adalah pihak yang berkepentingan,” katanya. – SM

(Visited 124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button