Ekonomipilihan

Berjaya Food rugi RM33.16 juta kerana boikot terhadap Starbucks

Berjaya Food Berhad, pemegang francais beberapa jenama makanan dan minuman termasuk Starbucks, melaporkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM33.16 juta bagi suku kewangan ketiga berakhir 31 Mac 2024.

Ini berbeza dengan RM25.39 juta keuntungan yang diperolehnya dalam tempoh sama tahun lepas.

Pendapatan syarikat itu juga merosot hampir separuh, daripada RM265.85 juta kepada RM138.65 juta dalam tempoh tersebut.

“Pendapatan dan kerugian sebelum cukai yang jauh lebih rendah yang ditanggung pada suku semasa yang ditinjau adalah disebabkan terutamanya oleh sentimen semasa berhubung konflik di Timur Tengah,” kata Berjaya Food dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, bagi tempoh sembilan bulan sehingga 31 Mac 2024, syarikat itu melaporkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM44.65 juta, berbanding keuntungan RM127.48 juta pada tahun sebelumnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button