fbpx
Nasional

Berita palsu Covid-19: Masyarakat mesti literasi, celik media

BERITA palsu mengenai penularan pandemik Koronavirus (Covid-19) sememangnya mencetuskan kebimbangan dalam masyarakat.

Malah semalam juga wujud dakwaan palsu mengatakan jangkitan baharu Covid-19 mencecah 900 kes dan disebarkan menerusi media sosial dan aplikasi Whatsapp.

Oleh demikian, hal berkenaan menimbulkan tanggapan dalam masyarakat yang akhirnya mereka mmebuat andaian dan kesimpulan sendiri.

Lantaran itu, masyarakat juga cenderung untuk membuat keputusan yang salah kerana tidak dibekalkan dengan maklumat tepat termasuklah melarang anak ke sekolah ekoran peningkatan jangkitan Covid-19.

“Sebab itu pentingnya kita menekankan keperluan literasi media kepada masyarakat.


“Literasi media ini bukanlah bermaksud kebolehupayaan membaca tetapi kemampuan untuk menilai satu-satu berita, maklumat yang kita terima.

“Keupayaan untuk kita lakukan rujukan silang. Jadi apabila itu dilakukan contohnya, ada orang tiba-tiba hantar mesej Whatsapp kata KFC hendak beri sumbangan makanan, itu kita tahu hoax sebenarnya, tak betul.

“Macam dulu ada mesej kata ‘Adidas is giving away…’ kita kena didik masyarakat untuk rujuk, betul ke Adidas ada kata macam ini.

“Jadi, kita kena semak dengan Adidas terus. Macam mana? Pergi ke laman web Adidas, ada tak pengumuman macam itu.

“Jadi, inilah penting literasi media itu diberikan penekanan terhadap masyarakat.

“Lebih-lebih lagi pada hari ini begitu banyak sekali berita-berita palsu yang disebarkan.”

DUN SABAH
MOHD. AMIRUL AKHBAR

Demikian kata Pensyarah Kewartawanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Mohd. Amirul Akhbar Mohd. Zulkifli ketika dihubungi Suara Merdeka hari ini.

Beliau menambah, kewujudan entiti dalam media sosial dan blog menggunakan nama mirip agensi berita yang sinonim turut membimbangkan.

Menurut beliau, kewujudan entiti sedemikian boleh mencetuskan kekeliruan dan menimbulkan persepsi tidak baik terhadap mana-mana figura.

“Jadi, disinilah peranan semua anggota masyarakat untuk memastikan dahulu keesahan dan keabsahan maklumat tersebut.

“Sebagai contoh, ada pihak menggunakan nama Bernama tetapi bukan agensi berita Bernama. Dia guna nama Bermana.

“Macam itulah juga Astro Awani tetapi menggunakan nama ‘Awatni’.

“Masyarakat perlu untuk mendidik diri sendiri untuk lebih prihatin terhadap maklumat-maklumat yang mereka perolehi melalui media sosial terutamanya.

“Yang kedua adalah, masyarakat perlu pada ketika ini perlu menerima maklumat yang sebenarnya tulin adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Menerusi laman KKM sendiri dan juga yang dikeluarkan menerusi media rasmi negara seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) atau portal-portal berita yang telahpun penuh tanggungjawab menerbitkan dalam portal mereka, itu yang boleh kita terima.

“Contohnya macam Suara Merdeka, Sinar Harian, Malaysiakini walaupun portal-porta ini bukanlah media rasmi negara, tetapi mereka telahpun menerbitkan berita dengan tanggungjawab,” katanya. – SM

 

 

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button