fbpx
Nasional

Beri ruang pemohon BPN merayu, LHDN tolong kemas kini data

ISU utama hari ini selain usaha Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jatuhkan kerajaan Pakatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyidin Yassin adalah isu permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Ini kerana ramai pemohon yang gagal dalam permohonan mereka untuk mendapatkan BPN atas alasan mereka atau pasangan mereka mempunyai rekod pendaftaran syarikat atau perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

bpn
Adnan Seman

Kita juga tahu tentang Geran Khas Prihatin (GKP) untuk pemilik perniagaan yang menjalankan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro yg mempunyai pekerja kurang dari lima orang (tak termasuk majikan) yang ditawarkan Kerajaan secara one-off RM3000 kepada yang layak.

Sememangnya GKP lebih besar jumlahnya berbanding BPN.

Bantuan prihatin dan GKP diuruskan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


Terdapat ramai yang memiliki perniagaan berdaftar dengan pihak SSM namun sudah tidak aktif (dormant) dan wujud kebimbangan mereka tidak layak mendapat GKP dan permohonan mereka untuk BPN ditolak.

Persoalan pertama ialah sama ada pihak LHDN mempunyai rekod terkini yang dimiliki oleh pihak SSM apabila memproses permohonan BPN?

Persoalan kedua sama ada pihak SSM mengemas kini rekod kerana mengikut prosedur SSM perniagaan yang tidak diperbaharui lesennya dari tarikh tamat lesen akan diberi tempoh setahun oleh pihak SSM untuk diperbaharui. Jika tidak ia akan secara automatik ditamatkan pendaftaran.

Sekiranya SSM mengemaskini rekodnya namun pihak LHDN tidak mengemaskini rekod dalam pegangannya maka LHDN perlu mendapatkan rekod terkini pendaftaran di SSM sebelum menolak permohonan bantuan prihatin.

LHDN tidak wajar menggunakan rekod BSH.

Kerajaan perlu beri ruang rayuan BPN dan meneliti alasan Rayuan dan bagi membolehkan LHDN mengemaskini rekod pendaftaran perniagaan dari pihak SSM dan permohonan dinilai semula.

Permohonan BPN sewajarnya HANYA berpandukan kepada pendapatan semata-mata mengikut pengisytiharan pendapatan dengan pihak LHDN tanpa perlu mengambil kira daftar perniagaan dengan pihak SSM.

Jika pemohon belum membuat pengisytiharan maka mereka wajar berbuat demikian untuk mendapatkan BPN atau GKP.

Artikel ini ditulis oleh Adnan Seman, seorang pengamal undang-undang, diambil dari Facebook beliau.

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button