PolitikRencana
Trending

PH sebenarnya khianat mandat rakyat

Analisis

PERSOALAN ‘khianat mandat rakyat’ sewajarnya dilempar kepada Pakatan Harapan (PH) bukannya kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Suku pertama tahun ini kita menyaksikan kemelut dalaman PH yang tidak boleh diselindungkan lagi.

BACA > Tidak bijak untuk singkir Muhyiddin sekarang — Suara Merdeka

Ketidaksehaluan antara pimpinan parti komponen dalam PH cukup ketara apabila mereka mempersoal bila jawatan Perdana Menteri akan diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi bagi pakatan dan partinya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus diasak.

Pengakhiran kepada kemelut itu juga menyaksikan Ahli Parlimen Langkawi meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Bersatu.

Tindakan Dr. Mahathir seperti menutup mulut semua pemimpin PH apabila masing-masing hilang jawatan apabila kabinet terbubar.

Drama politik itu menjadi satu tamparan kepada PH yang semakin hari semakin membosankan rakyat.

Berbalik kepada persoalan khianat mandat rakyat, ‘Langkah Sheraton’ dilihat rakyat sebagai peluang ke arah yang lebih baik.

Walaupun dimomokkan dengan jolokan ‘pintu belakang’, namun itu langsung tidak menimbulkan kemarahan rakyat.

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM berucap di hadapan penyokong dalam satu perhimpunan membantah pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1997.

Seperti mana Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri lebih 20 tahun lalu apabila pelbagai siri demonstrasi dan perhimpunan berlaku.

PH seperti tidak sedar, rakyat cukup muak dengan sandiwara dan pelbagai drama politik sejak mengambil alih kerajaan pada Mei 2018.

Pelbagai janji gagal ditunaikan sehingga pemimpinnya menyebut ‘manifesto bukan kitab suci’.

Isu sijil palsu, kes rasuah menteri kabinet yang disenyapkan, harga minyak tidak turun dan pelantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Selain itu, PH juga dilihat gagal dalam menangani kos sara hidup.

Walaupun GST diturunkan kepada kadar sifar, tetapi harga barang tidak turun.

BACA > “Kami sudah berusia, masa tidak lama, namun semangat perjuangan masih marak” — Suara Merdeka
BACA > PRK N.23 Chini: Satu keperluan atau nafsu politik — Suara Merdeka

Malah, bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, pada Disember lalu ‘meraikan’ harga minyak yang turun sekadar 4 sen.

Kemudian, beliau menyebutnya sebagai sebahagian daripada janji PH.

Selain itu, sistem pengapungan yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) diteruskan

Kerajaan PH seperti buntu apabila tidak menemui jalan lain untuk mengawal harga minyak negara.

Penjualan aset-aset strategik negara turut menjadi isu yang menampar kerajaan PH ketika itu.

Pelbagai aset milik Tabung Haji, Khazanah Nasional dan Boustead; saham dan kepentingan dalam CIMB, Bank Filipina BDO Unibank, Axiata Group, Tenaga Nasional Berhad (TNB), DRB Hicom dan Felda Global Venture (FGV) terkorban.

Turut menampar PH adalah janji untuk menghapuskan tol, namun yang berlaku adalah sebaliknya.

Konsesi lebuh raya utara selatan dilanjutkan sehingga 2058, walaupun kadar tol turun 18 peratus.

Bagaimana dengan janji menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Jho Low yang masih belum ditahan sehingga sekarang.

1MDB

Selain itu, apa status Bon Samurai apabila Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan kedudukan kewangan negara kukuh dan tidak memerlukan pinjaman dari negara luar.

Apa jadi dengan duit sumbangan orang ramai dalam Tabung Harapan Malaysia berjumlah lebih RM200 juta yang berjaya dikutip untuk bayar hutang 1MDB.

Persoalan itu wajar timbul apabila Amerika Syarikat melalui Jabatan Keadilan (DOJ) sudahpun memulangkan lebih RM2.6 bilion yang dikatakan milik 1MDB.

Justeru, siapa sebenarnya yang selama ini khianat mandat rakyat sehingga rakyat akhirnya ‘merestui’ pemilihan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.

Begitu lebih 5.7 juta undi popular yang diperoleh dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dikhianat kerajaan PH sepanjang 22 bulan mentadbir negara.

PH harus ingat, rakyat tidak turun dijalanan membantah pembentukan Perikatan Nasional yang kononnya dilabel sebagai ‘pintu belakang’ dan ‘tebuk atap’.

BACA > Muhyiddin Yassin telah mendapat mandat rakyat — Suara Merdeka
BACA > Dulu UMNO menangis mandat rakyat dirampas, kini giliran Dr. Mahathir, Anwar — Suara Merdeka

Yang meratap hanyalah pemimpin PH akibat kehilangan kuasa dek perletakan jawatan oleh Dr. Mahathir. – SM

(Visited 548 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button