MahkamahNasionalNegeri

Bergaduh: Enam pelajar lelaki dilepas tanpa dibebaskan

MAHKAMAH Juvana Kangar hari ini memutuskan enam pelajar tingkatan 5 di negeri ini dilepas tanpa dibebaskan dari tuduhan bergaduh di kawasan sekolah pada tahun lalu. Keputusan tersebut telah dibuat oleh Majistret Nurshahida Abdul Rahim.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh yang berusia 17 tahun yang melibatkan dua pelajar China dan empat pelajar Melayu ini didakwa pada 1 Ogos 2023 antara pukul 10.45 pagi hingga 11 pagi bertempat di kawasan lapang bersebelahan kantin di sebuah sekolah di Perlis adalah satu perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan tujuan bersama untuk bergaduh.

Oleh yang demikian masing-masing didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (KK).

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya, Tengku Ruqqayah Tengku Shahrom manakala kesemua tertuduh diwakili peguambela Ch’ng De Sern.

De Sern memberitahu, keputusan itu disambut baik oleh pelajar dan keluarga yang mahukan kes ini diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

Katanya, kes itu pertamakali telah disebut di Mahkamah Majistret pada 10 November tahun lalu dan tiada sebarang pengakuan dari kesemua tertuduh.

Berikutan itu, katanya, hasil perbincangan beliau dengan waris keluarga telah bersetuju untuk menarik balik kes itu kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Beliau berkata, apa yang membanggakan dari kes berkenaan bukan sahaja pelajar yang terlibat menjadi lebih rapat termasuk juga kalangan ahli keluarga.

Katanya, apa yang penting adalah masa depan untuk pelajar yang masih panjang untuk menjadi warga yang berguna untuk negara.- SM

BACA Pelajar OKU maut motosikal bertembung kereta

BACA Pelajar 16 tahun bawa pikup dipenuhi 230 kg ketum ditahan

(Visited 66 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button