SELEPAS berselisih faham berpunca daripada perasaan cemburu, seorang pelajar perempuan berusia 20 tahun di sebuah universiti di Melaka berjaya membuatkan teman lelakinya membunuh diri.
Teman lelakinya itu siap datang ke pangsapuri di Bukit Beruang untuk bertemu dengannya di tingkat enam kira-kira pukul 2 pagi kerana tidak membalas mesej dihantarnya.
Entah apa yang dibincangkan, pelajar perempuan itu katanya telah pun meminta maaf kerana membuatkan teman lelakinya cemburu dan marah sebelum ini.
Namun setelah pelajar perempuan itu masuk ke dalam rumah, teman lelakinya itu dikatakan tiba-tiba memanjat tembok koridor setinggi empat kaki.
Pelajar perempuan itu dikatakan cuma terkejut apabila melihat kedua-dua kaki teman lelakinya sudah berada di luar dan hanya tinggal tangan yang berpaut pada tembok.
Pada bahagian ini timbul kemusykilan apakah benar mereka sebenarnya saling berdamai atau meminta maaf lalu memutuskan hubungan atau teman lelakinya itu kurang siuman?
Padahal sebelum itu, entah apa komunikasi antara mereka berdua dan pelajar perempuan itu siap memaklumkan dia berfikir teman lelakinya itu sekadar bergurau tentang ‘kematian’.
Ujar Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, pelajar perempuan itu memaklumkan cuba menyelamatkan kekasihnya itu.
Namun disebabkan tembok terlalu tinggi, pelajar perempuan itu hanya mampu mencapai sebahagian daripada tangan teman lelakinya dan pengakhirannya cukup sadis.
Christopher memberitahu media, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas terjatuh dari tingkat enam Blok C, pangsapuri 18 tingkat di Bukit Beruang itu. – SM
BACA Youtuber direman terlibat kes bunuh teman wanita
BACA Baru 12 tahun, tapi dah bergaduh sebab berebut abang angkat