Sukan
Beregu campuran negara Peng Soon-Liu Ying tewas kali ketiga
Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tewas lagi kali dengan mata 13-21, 19-21 kepada pasangan China, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping pada aksi Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.
Keputusan itu menyaksikan mereka menutup saingan peringkat Kumpulan D saingan Tokyo 2020 dengan tiga kekalahan selepas turut tewas dalam dua aksi sebelum ini.
Peng Soon dan Liu Ying tewas di tangan beregu Jerman, Mark Lamsfuss-Isabel Herttrich 12-21, 15-21 dalam aksi kedua kumpulan di Musashino Forest Sport Plaza, semalam yang menyaksikan perjuangan mereka di Tokyo berakhir.
Terdahulu, mereka membuka saingan dengan langkah kiri apabila tewas di tangan pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet 18-21, 21-10, 16-21.