Belang Bertempat

Beranikah Pakatan Harapan hadapi PRU-15 setelah kalah teruk di Chini?

KALAU ikut takwim Parlimen Keempat Belas Penggal Ketiga, mesyuarat atau sidang keduanya selepas yang pertama18 Mei lalu, akan jatuh pada 13 Julai depan.

Ia akan berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos.

Ikut jangkaan, kesemua 222 ahli Parlimen akan masuk Dewan Rakyat selepas lebih kurang seminggu Perikatan Nasional menang besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Chini, Pahang yang berlangsung 4 Julai.

Menang besar? Opss! Itu jangkaan atas kertas sahaja. Namun kalau tiada aral yang besar, Insya-Allah gandingan calon Muafakat Nasional UMNO-PAS akan mencatat kemenangan di Chini. Lagipun DUN itu di bawah Parlimen Pekan kan?

Kalau ikut keputusan PRU-14, undi untuk calon UMNO dan PAS yang dicampur kedua-duanya, jumlahnya adalah 15, 432 undi.

BN ditunjangi UMNO di Chini tempoh hari menang dengan majoriti 4,622 selepas mendapat 10,027 undi atau 47.2 daripada jumlah keseluruhan undi. PAS pula meraih 5,405 undi (25.4 peratus).

PH? Hilang wang pertaruhan. Cuma terdaya dengan 1,065 undi (5.0 peratus).

Beza undi diraih UMNO-PAS (15,432) dengan 1,065 PH bak langit dan bumi.

Dan daripada mendapat malu besar sebelum ke sidang Dewan Rakyat yang dengar katanya `untuk bawa usul tidak percaya’ kepada Perdana Menteri, apa kata PH beri kemenangan percuma sahaja kepada Perikatan Nasional di Chini.

Waima apa pun, PRK Chini, yang diyakini akan mencatat kemenangan keenam berturut-turut Muafakat Nasional ke atas PH (tidak termasuk PRK Parlimen Sandakan 11 Mei 2019), akan menjadi tanda aras penting merungkai isu usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Andai kata usul tidak percaya dibangkitkan oleh wakil-wakil pembangkang, sekali gus kedudukan terbukti tipis, beza satu dua kerusi, adakah ia akan mendorong Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen?

Dan kalau dilangsungkan PRU mengejut (snap election), mampukah PH mengulangi pencapaian kemenangan mengejut mereka untuk kali kedua? Atau barangkali rakyat Malaysia tidak lagi `terkejut’ dengan segala janji bulan dan bintang yang ditabur PH kali ini? Atau rakyat tidak mahu lagi terjatuh kali kedua dalam lubang yang sama?

Lagi pun, didapati sekurang-kurangnya 30 kerusi parlimen yang dimenangi PH dalam PRU-14 tempoh hari akan `bermasalah’ dalam PRU-15. Ia seandainya `tiada sebarang cacat cela’ dalam kesepakatan UMNO-PAS, selain ditambah dengan sokongan Parti BERSATU.

(* Diandaikan, kemenangan BN di 79 kerusi Parlimen dan Pas (18) dalam PRU-14 akan menjadikan gabungan BN/UMNO-Pas menang di 127 kerusi Parlimen (79 + 18 + 30) dalam PRU-15, sekali gus membentuk kerajaan)

1) P. 005 – JERLUN – MUKHRIZ MAHATHIR (BERSATU)
PH : 18,695
UMNO-PAS : 25,242
Majoriti : 6,547

2) P. 006 – KUBANG PASU – AMIRUDDIN HAMZAH (BERSATU)
PH : 29,984
UMNO-PAS: 30,350
Majoriti : 366

3) P. 008 – POKOK SENA – MAHFUZ OMAR (AMANAH)
PH : 28,959
UMNO-PAS : 41,791
Majoriti : -12,832

4) P. 010 – KUALA KEDAH – AZMAN ISMAIL (PKR)
PH : 36,624
UMNO-PAS : 42,543
Majoriti : 5,919

5) P. 014 – MERBOK – NOR AZRINA SURIP (PKR)
PH : 30,902
UMNO-PAS : 40,448
Majoriti : 9,546

6) P. 015 – SUNGAI PETANI – JOHARI ABDUL (PKR)
PH : 45,532
UMNO-PAS : 46,723
Majoriti : 1,191

7) P. 017 – PADANG SERAI – M. KARUPAIYA (PKR)
PH : 31,724
UMNO-PAS : 38,360
Majoriti : 6,636

8) P. 018 – KULIM-BANDAR BAHARU – SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL (PKR)
PH : 23,159
UMNO-PAS : 31,184
Majoriti: 8,025

9) P. 149 – SRI GADING – SHARUDDIN MD SALLEH (BERSATU)
PH : 21,511
UMNO-PAS : 22,771
Majoriti : 1,260

10) P. 165 – TANJUNG PIAI – MD FARID MD RAFIK (BERSATU)
PH : 21,255
UMNO-PAS : 23,693
Majoriti: 2,438

11) P. 057 – PARIT BUNTAR – MUJAHID YUSOF (AMANAH)
PH : 16,753
UMNO-PAS : 25,967
Majoriti : 9,214

12) P. 063 – TAMBUN – AHMAD FAIZAL AZUMU (BERSATU)
PH : 38,661
UMNO-PAS : 48,289
Majoriti : 9,628

13) P. 074 – LUMUT – MOHD HATTA MD RAMLI (AMANAH)
PH : 21,955
UMNO-PAS : 31,690
Majoriti : 9,735

14) P. 077 – TANJONG MALIM – CHANG LIH KANG (PKR)
PH : 24,672
UMNO-PAS : 29,625
Majoriti : 4,953

15) P. 002 – KANGAR – NOOR AMIN AHMAD (PKR)
PH : 20,909
UMNO-PAS : 23,771
Majoriti: 2,862

16) P. 133 – TAMPIN – HASAN BAHROM (AMANAH)
PH : 22,435
UMNO-PAS : 26,031
Majoriti : -3,596

17) P. 136 – TANGGA BATU – RUSNAH ALUAI (PKR)
PH : 32,420
UMNO-PAS : 36,722
Majoriti: -4,302

18) P. 092 – SABAK BERNAM – WARNO DOGOL (BERSATU)
PH : 11,188
UMNO-PAS : 22,162
Majoriti: -10,974

19) P. 093 – SUNGAI BESAR – MUSLIMIN YAHAYA (BERSATU)
PH : 17,350
UP : 23,856
net : -6,506

20) P. 094 – HULU SELANGOR- LEOW HSIAD HUI (PKR)
PH : 40,783
UMNO-PAS : 44,012
Majoriti : -3,229

21) P. 096 – KUALA SELANGOR – DZULKEFLY AHMAD (AMANAH)
PH : 29,842
UMNO-PAS : 29,879
Majoriti : 37

22) P. 109 – KAPAR – ABDULLAH SANI ABDUL HAMID (PKR)
PH : 47,731
UMNO-PAS : 57,837
Majoriti: 10,106

23) P. 112 – KUALA LANGAT – A. XAVIER JAYAKUMAR (PKR)
PH : 43,239
UMNO-PAS : 44,858
Majoriti : 1,619

24) P. 119 – TITIWANGSA – DATUK SERI RINA MOHD. HARUN (BERSATU)
PH : 23,840
UMNO-PAS : 26,546
Majoriti: 2,706

25) P. 080 – RAUB – TENGKU ZULPURI SHAH RAJA PUJI (DAP)
PH : 20,659
UMNO-PAS : 25,366
Majoriti : 4,707

26) P. 082 – INDERA MAHKOTA – SAIFUDDIN ABDULLAH (PKR)
PH : 28,578
UMNO-PAS : 35,143
Majoriti : 6,565

27) P. 083 – KUANTAN – FUZIAH SALLEH (PKR)
PH : 22,807
UMNO-PAS : 28,363
Majoriti : 5,556

28) P. 088 – TEMERLOH – MOHD. ANUAR MOHD TAHIR (AMANAH)
PH : 23,998
UMNO-PAS : 36,828
Majoriti : 12,830

29) P. 089 – BENTONG – WONG TACK (DAP)
PH : 25,716
UMNO-PAS : 29,390
Majoriti : 3,674

30) P. 173 – PUTATAN – AWANG HUSAINI SAHARI (PKR)
PH : 14,106
UMNO-PAS : 14,201
Majoriti: 95

– SM

(Visited 726 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button