fbpx
Nasional

Belum terlewat Tun M digelar “Bapa Perpaduan Ummah”…

Analisis

Tarikh 4 haribulan Oktober lalu (4.10.19) kalaulah direalisasikan agenda pertemuan tiga pemimpin parti-parti Melayu di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur, nescaya impian untuk melihat perpaduan dan penyatuan Melayu diyakini terlaksana utuh.

Dalam kalangan orang politik, bukan rahsia umum lagi pada tarikh itu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad duduk semeja dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bayangkan, dua presiden daripada dua parti Melayu terbesar sanggup mengetepikan ego masing-masing untuk membincangkan bersama Dr. Mahathir tautan kesepakatan bagi membela serta memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam – yang survivalnya turun naik, cukup diuji dalam setahun enam bulan sejak 9 Mei 2018.


Tetapi sayangnya tautan kesepakatan yang diharapkan tidak berlaku hanya kerana Dr. Mahathir mensyaratkan 10 nama ahli Parlimen perlu dinyahkan, barulah Bersatu membuka laluan kepada kesepakatan Bersatu-UMNO- Pas tersebut.

Sepuluh nama itu antaranya dari dari Pekan, Bagan Datuk sendiri, Baling, Pasir Salak, Rembau, Padang Rengas dan Gua Musang.

Alahai! Tolonglah buang ego dan dendam anda, tatkala kepentingan orang Melayu/Bumiputera dan Islam kian terancam waktu ini.

Demi survival orang Melayu, ketepikan dendam kesumat. Amatilah bagaimana parti-parti Melayu boleh menjadikan Muafakat Nasional yang dicapai UMNO-Pas sebagai titik tolak penting ke arah menyediakan suatu landasan penyatuan orang Melayu.

Kita cukup maklum setiap orang ada sejarah silam masing-masing. Jangan jadikan sejarah itu batu penghalang untuk bersatu.

Takkanlah orang berkenaan sebelum `menutup mata’, ingin melihat orang Melayu tidak kira ideologi dan perjuangan politik, bersatu dan duduk harmoni.

Jika ini berlaku, beliaulah “Bapa Perpaduan Ummah” yang sejati yang menunjangi kerajaan Melayu.

Kita tidak mahu nanti kematian seorang PM diraikan atas kegagalannya untuk menyatupadukan orang Melayu.

– SUARA MERDEKA

Show More

Related Articles

Back to top button