Nasionalpilihan

Belia harus persiapkan diri, TVET pemacu pembangunan ekonomi negara – Perdana Menteri

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini telah merasmikan Minggu Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara untuk tahun 2022.

Dalam majlis tersebut Perdana Menteri berkata, bilangan pelajar aliran vokasional dan teknikal di negara maju adalah tinggi. Di Jerman misalnya, TVET dianggap salah satu sistem pendidikan utama, sehingga 70 peratus pelajarnya memasuki aliran vokasional malah terdapat juga di negara-negara Asia seperti Korea Selatan kerana hasil ekonomi mereka kebanyakkan dalam bidang TVET.

Saranan kerajaan adalah untuk menetapkan TVET sebagai antara perkara yang perlu diberikan keutamaan bagi memacu pembangunan ekonomi negara.

TVET juga dikenali sebagai salah satu daripada 14 pemacu perubahan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) kerana sudah sampai sampai masa TVET menjadi pilihan utama.

Tambahan lagi, Perdana Menteri turut meminta para belia mempersiapkan diri mereka untuk masa hadapan supaya bersaing dengan negara luar. Dalam masa yang sama pelbagai strategi telah dibuat seperti mempromosikan jenama selain dapat meningkatkan kualiti program dan mewujudkan data.

Walaupun TVET memerlukan kemahiran spesifik tetapi sumber pendapatan agak lumayan. Oleh itu kerajaan perlu sokongan dari ibu bapa dalam memperkenalkan industri TVET kepada anak-anak mereka.

Kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai bentuk intervensi bagi menyediakan peluang pendidikan lebih luas untuk keluarga Malaysia. Malah bantuan kewangan turut disediakan. Sebanyak 80 peratus penyedia TVET awam menawarkan program secara percuma penyedia.

Ujarnya lagi, kerajaan bersetuju melaksanakan Program Dermasiswa B40 yang mengikuti pengajian dalam bidang TVET di IPTA bawah seliaan KPT tahun ini. Pengambilan pertama akan melibatkan 1,000 orang pelajar, kerajaan menjankakan program ini melibatkan kewangan berjumlah rm36.41 juta.

Perdana Menteri juga turut mempelawa syarikat luar yang berada di dalam industri menjadi rakan kongsi startegik dengan membenarkan pelajar membuat lawatan ke industri mereka.

“Saya berharap pada tahun akan datang sambutan minggu TVET Negara dilakukan secara bergilir-gilir dalam kalangan 11 kementerian penyedia TVET yang lain, tokoh luar negara juga boleh diundang untuk berkongsi pengalaman mereka yang berkaitan MTVET secara lebih aktif”. – SM

Artikel berkaitan > Kerajaan komited lahirkan lebih ramai kebolehpasaran graduan TVET IPT

(Visited 457 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button