Nasional

Bekas Timbalan Ketua Polis Selangor meninggal dunia

BEKAS Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Fuad Abdul Latiff, 62, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB), awal pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador turut menyampaikan ucapan takziah buat ahli keluarga allahyarham yang dimuat naik dalam akaun Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Allahyarham telah berkhidmat selama 39 tahun dalam pasukan, dari tahun 1978 sehingga menjalani persaraan wajib pada 7 Jun 2017.

Selain memegang jawatan Ketua Trafik Bukit Aman, Mohd. Fuad pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam pasukan PDRM termasuk Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Difahamkan, Allahyarham dirawat di HSB sejak pertengahan bulan ini.

Hantaran di Face book itu bagaimanapun tidak menyebut sebab kematian.

Salam takziah buat keluarga allahyarham dari warga kerja SUARA MERDEKA. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button