Politik
Trending

Bekas timbalan menteri tidak tahu perhimpunan tabligh dihadiri orang luar

BEKAS Timbalan Menteri Kesihatan Dr. Lee Boon Chye mendakwa Kementerian tidak mengetahui terdapat peserta dari luar negara menyertai himpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 3 Mac lalu.

Boon Chye berkata, Kementerian Kesihatan akan menghalang himpunan tersebut jika menyedari terdapat jemaah dari negara lain.

“Kita (KKM) tidak tahu adanya peserta dari luar negara yang menyertai himpunan itu. JIka tidak, kita pasti menghalangnya.

“Kita hanya tahu mengenai acara itu (dan peserta asing) selepas Brunei merekodkan kes Covid-19 yang pertama,” kata Boon Chye seperti yang dilaporkan oleh FMT.

Bekas timbalan menter itu berkata, terdapat perbezaan antara perhimpunan besar dalam kalangan komuniti tempatan dengan persidangan dengan orang yang berasal dari kawasan yang dijangkiti Covid-19.

“Pada waktu itu tidak ada jangkitan dalam kalangan komuniti tempatan. Ini kita tahu kerana Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan pemantauan, jadi perhimpunan awam dalam kalangan rakyat Malaysia tiada masalah,” kata Boon Chye.

Boon Chye mengulas sindiran Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap bekas Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad yang meminta Menteri Kesihatan Dr Adham Baba supaya bertanya kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kenapa beliau membenarkan himpunan jemaah tabligh diadakan.

Boon Chye berkata, Najib “tidak memahami” virus tersebut dan bagaimana ia menular di negara ini.
Sementara itu Najib dalam jawapan balasnya berkata, alasan Boon Chye tidak masuk akal kerana setiap tahun, warga asing akan hadir ijtimak tabligh tersebut.
“Kerajaan PH termasuk menteri Wilayah Persekutuan dan menteri jaga agama mereka tak sedar?  Antara yang dipercayai merupakan sumber penularan Covid ialah seorang warga Malaysia yang baru pulang dari Korea Selatan. Dia bukan warga asing.

“Lagipun pada pagi hari PH tumbang, Lid (Khalid Abdul Samad) juga melancarkan fiesta belon udara panas antarabangsa. Adakah fiesta antarabangsa juga akan halang warga asing?

“Kerajaan PH dahulu memang tak ada isu untuk luluskan acara tabligh 16,500 peserta ini. Tak pernah ada niat untuk halangkan acara itu atau mana-mana acara umum pun sebelum mereka tumbang. Maka, PH perlu bertanggungjawab untuk kluster Covid terbesar negara,” tegas Najib.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button