Nasional

Bekas pengulas sukan RTM, Jamaludin Alias meninggal dunia

BEKAS pengulas sukan terkenal Radio Televisyen Malaysia (RTM), Jamaludin Alias, 85, meninggal dunia hari ini.

Jenazah Allahyarham Jamaludin yang juga merupakan pelantun lagu patriotic berjudul Perajurit Tanah Air  dibawa ke Masjid Tabung Haji, Kelana Jaya untuk solat jenazah selepas solat Jumaat.

“Innalillahiwainnaillaihirojiun…pengulas sukan dan penyanyi lagu-lagu patriotik Jamaludin Alias telah kembali ke rahmatullah.

“Solat jenazah akan diadakan di Masjid Tabung Haji, Kelana Jaya selepas solat Jumaat,” menurut mesej yang dikongsikan ahli Persatuan Veteran RTM.

Sebagai pengulas sukan radio dan televisyen, Jamaludin pernah bertugas ketika Sukan SEA Jakarta 1979 dan Manila 1991, Sukan Asia Jakarta 1962 dan New Delhi 1982 serta Sukan Olimpik Barcelona 1992.

Allahyarham Jamaludin juga pernah membuat liputan secara langsung Piala Asia 1980 di Kuwait dan Hoki Piala Dunia di Bombay pada 1982.

Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Jamaludin Alias. Al-Fatihah. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button