fbpx
Hiburan

Bekas kekasih Leonardo DiCaprio didenda kerana elak bayar cukai

GARA-gara enggan membayar cukai pendapatan, kekasih kepada pelakon, Leonardo DiCaprio didenda melakukan kerja-kerja khidmat komuniti.

Wanita tersebut, Bar Rafaeli yang juga merupakan seorang model telah didenda melakukan kerja khidmat komuniti selama sembilan bulan.

Portal Fox News melaporkan, model berusia 35 tahun itu dijatuhkan hukuman berkenaan selepas kesnya bersidang Sabtu lalu.

Ibu Bar, Tzipi Refaeli yang juga merupakan pengurusnya dijatuhkan hukuman penjara selama 16 bulan berhubung dakwaan sama.

Bar dan ibunya bersuhabat memalsukan dokumen bagi mengelak daripada membayar cukai pendapatan.


Bar sebelum ini dilaporkan pernah meraih pendapatan tahunan sebanyak RM41 juta (AS$10 juta).

Menerusi permohonan rayuan mereka, pihak mahkamah telah mengarahkan Bar dan ibunya membayar denda sebanyak RM6.2 juta (AS$1.5 juta) untuk cukai-cukai tertunggak sebelum ini. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button