Uncategorized

Bekas adik ipar saman Ahmad Iqbal lebih RM5 Juta

BEKAS adik ipar kepada usahawan kontroversi Ahmad Iqbal Zulkefli, Anes Ayunie Osman, 22, dilaporkan telah memfailkan saman lebih RM5 juta terhadap Iqbal atas dakwaan fitnah dan tohmahan yang mencemarkan maruah dirinya.

Menurut Ayunie, yang juga seorang pempengaruh media sosial, tindakan undang-undang itu diambil selepas pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya menyebabkan kerugian dalam perniagaannya.

“Penat Sabar, Mahu Keadilan”

Ayunie menyatakan bahawa dia telah lama bersabar dengan pelbagai dakwaan tidak berasas yang dikaitkan dengannya oleh Iqbal.

“Kali ini saya nak bersuara sebab sudah penat dengan permainan bodoh ni. Selama ni saya sabar sebab ikut arus undang-undang seperti yang keluar daripada mulut dia (Iqbal).

“Saya sabar dengan segala tohmahan, fitnah, perkara tak betul yang dia lemparkan sehingga mencemarkan maruah saya.

“Nak tak nak kali ini dia kena jawab saman saya. Sila hadirkan diri di mahkamah kalau betul dia benar. Sebab saya percaya saya benar. Saya tak keluarkan apa-apa bukti lagi,” katanya.

Surat Saman Masih Dinantikan

Ayunie turut mendakwa Iqbal pernah menyatakan hasrat untuk menyamannya, tetapi sehingga kini, tiada sebarang tindakan diambil.

“Saya pelik sebab sebelum ini dia kata nak saman, tapi sampai sekarang tak ada pun. Siap kata sudah lantik peguam. Tetapi, sudah berbulan lamanya saya tunggu tak sampai pun surat tuntutan ataupun mana-mana surat saman.

“Apabila saya hantar peguam untuk selesaikan hak saya selepas dia mencemarkan nama saya, dan dalam masa sama saya mahu mencari titik noktah, tapi dia jadikan perkara ini satu ‘permainan’ pula. Sehinggakan peguam dia cakap tidak lagi mewakili Iqbal,” jelasnya.

Motif ‘Marketing’?

Ayunie yang menjalankan perniagaan produk kesihatan Vitamilk turut menuduh tindakan Iqbal mungkin mempunyai motif peribadi untuk menarik perhatian umum.

“Apa yang dia cuba buat selama ini adakah untuk ‘marketing’ saja? Puas hati tengok orang bergaduh? Sebelum ni saya dengan adiknya baik-baik sahaja,” tambahnya.

Sehingga kini, Ahmad Iqbal Zulkefli belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung tuduhan yang dilemparkan oleh Ayunie.

Kes ini dijangka akan mendapat perhatian meluas apabila ia mula dibicarakan di mahkamah.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button