Nasionalpilihan

Bekalan bawang mencukupi – Mohamad Sabu

Kerajaan memberi jaminan bekalan bawang adalah mencukupi selepas Kerajaan India melarang eksport bahan makanan itu sehingga Mac tahun depan bagi meningkatkan bekalan domestik selain membendung inflasi pengguna.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, walaupun ketiadaan bawang dari India kita masih mempunyai bekalan yang yang diimport dari China, Thailand dan Pakistan.

“Kita sudah buat persiapan sekiranya berlaku kekurangan bekalan bawang susulan keputusan kerajaan India.

“Saya belum mendapat pengesahan rasmi dan kita akan dengar secara rasmi. Insyallah tidak akan berlaku kekurangan bekalan bawang di negara ini,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Parti Amanah Negara (Amanah) Melaka di sini hari ini.

Berkaitan isu harga bawang yang dijangka naik beliau yang juga Presiden Amanah berkata, perkara itu adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Beliau diminta mengulas mengenai laporan akhbar hari ini apabila India melarang eksport bawang sehingga Mac tahun depan.

Kerajaan India memutuskan untuk memindahkan eksport bawang daripada kategori bebas kepada larangan sehingga 31 Mac, menurut Direktorat Perdagangan Luar Negeri.

Kenaikan harga makanan di negara paling ramai penduduk dunia itu boleh menjadi isu yang mencetuskan pergolakan politik, terutama menjelang pilihan raya parlimen tahun depan.

Sebelum ini, New Delhi menetapkan harga eksportnya kepada USD800 satu tan metrik untuk mengurangkan eksport dan mengekang lonjakan harga tempatan. – SM

(Visited 21 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button