Jenayah

Bapa tiri, ibu kandung direman seminggu kes rogol remaja

SEPASANG suami isteri direman tujuh hari bermula 8 April sehingga 14 April bagi membantu siasatan berhubung kes rogol seorang remaja berusia 16 tahun di Jasin, Melaka.


Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Ahmad Jamil Radzi berkata, suspek yang juga bapa tiri dan ibu kandung mangsa, masing-masing berusia 36 dan 40 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) kira-kira pukul 9.30 malam sebaik tiba dari Sabah.

“IPD Jasin ada menerima satu laporan mengenai kejadian rogol ke atas seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Jasin.

“Bertindak atas maklumat, tangkapan dilakukan ke atas bapa tiri dan ibu kandung mangsa di klia2, Sepang,” katanya.

Beliau berkata, siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan atau 109 kanun sama.
Terdahulu kecoh di media sosial, sepasang suami isteri mendakwa anak perempuan mereka yang berusia 16 tahun hilang dari rumah pada 17 Mac lalu.

Ibu mangsa berusaha untuk menjejaki di manakah mangsa berada, membuat hebahan di aplikasi WhatsApp, laman sosial Facebook serta menampal poster di setiap stesen minyak dan kedai serbaneka di sekitar pekan Jasin.

Pelajar tingkatan empat itu bagaimanapun berjaya ditemui di Perak pada 18 Mac lalu dalam keadaan selamat dan tinggal bersama rakan lelakinya berusia 20-an di sebuah pangsapuri di Kampar pada pukul 3.30 petang, 5 April lalu.

(Visited 525 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button