Rencah Hidup

Pengasas produk kosmetik mengajar anak besar kepala!

SAYANG anak, manjakan anak sehingga besar kepala adalah satu kaedah atau pendekatan salah ibu bapa atau parenting.

G Wagon untuk anaknya berusia 5 tahun

Sekaya mana atau semewah manapun pendapatan ibu atau bapa, takkanlah untuk memujuk anak berusia lima tahun agar pergi ke sekolah dengan membelikan anak kereta mewah?.

Kekayaan yang diperolehi itu tidak perlulah dipaparkan dalam media sosial melainkan untuk menarik minat masyarakat ataupun strategi pemasaran perniagaan yang diusahakan.

Entah dimanakah letakknya akal pengasas produk kosmetik Farhana Zahra yang dengan bangganya, berkongsi detik-detik pemberian kereta tersebut melalui video di Tiktok sempena menyambut hari ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Nur Fatima Az Zahra.

G Wagon sempena Birthday Fatima pada usia ke 5 tahun

Sebagai seorang ibu, tidak perlu mendidik anak berbesar hati dan bermewah-mewahan walaupun tahu anak itu ada masalah ke sekolah.

Biar apapun alasan si anak kecil yang enggan ke sekolah, perlukah memujuknya dengan membelikan sebuah kereta berjenama dan mahal harganya?.

Dalam usia lima tahun, anak Farhana bercita-cita mahu menjadi seorang doktor, dakwanya tetapi dalam usia itu, enggan ke sekolah. Kontrdiksi sungguh kes ibu dan anak ini.

(Visited 2,187 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button