Nasional

Bapa ‘syaitan’ lacurkan anak sendiri kepada lebih 20 pelanggan

UNGKAPAN paling keji pun belum tentu dapat menggambarkan sikap seorang bapa yang sanggup merogol dan melacurkan anak sendiri yang baru berumur 13 tahun.

Kejadian tersebut dilaporkan kepada polis oleh seorang wanita yang mendakwa anak saudaranya telah dirogol dan dilacurkan bapa kandungnya.

Difahamkan, mangsa mula dirogol ayah kandungnya ketika berusia 10 tahun sebelum disedari ibu mangsa yang kemudian telah memarahi suspek.

Suspek kemudian dipercayai tidak mengulangi perbuatannya.

Namun, bermula pertengahan tahun lalu hingga Februari lalu, mangsa telah dipaksa suspek untuk melayan nafsu seks lebih 20 pelanggan.

Related Articles
BACA> Kopi ‘dadah’ dijual RM150 sepeket

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kesemua pelanggan itu dibawa sendiri oleh suspek ke rumahnya.

“Kesemua kejadian berlaku di rumah mangsa sendiri.

“Saspek membawa pelanggan ke sana dan memaksa mangsa melayani kehendak seks pelanggan tersebut.

“Mangsa juga tidak memperoleh apa-apa bayaran bagi layanan seks yang dilakukannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zaid, kes disiasat di bawah Seksyen 376B/372 Kanun Keseksaan & Seksyen 43(1)(a) Akta Kanak-Kanak.

BACA> Akhirnya Donald Trump pakai pelitup muka

Tambahnya, sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat, Inspektor Hafiza di talian 018-3903410/03-89114222  atau hadir ke mana-mana balai yang berdekatan. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button