fbpx
Nasional

Bapa rogol anak kandung berusia 16 tahun sejak Februari

KERANA terlalu mengikut hawa nafsu, seorang bapa tergamak merogol anak kandungnya sendiri yang berusia 16 tahun sejak Februari lalu.

Difahamkan, perbuatan keji lelaki berusia 42 tahun itu dilakukan di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa, Ampang.

Perbuatan lelaki itu juga terbongkar selepas anaknya itu melarikan diri dari rumah dan menuju ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Cheras secara berseorangan.

Mangsa kemudian telah ditahan oleh polis kerana gagal menunjukkan permit perjalanan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Susulan itu, mangsa kemudian telah mendedahkan yang dia sebenarnya sudah tidak tahan dengan perbuatan bapanya dan mahu pulang bertemu ibunya di Kuala Nerang, Kedah.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa juga pernah mencuba untuk membunuh diri dengan meminum cecair pencuci lantau pada Jun lalu.

“Mangsa adalah anak tunggal dan masih bersekolah di Ampang manakala suspek dan isterinya sudah bercerai.

“Siasatan lanjut turut mendapati pada September 2019, suspek mendapat hak penjagaan dan membawa mangsa untuk tinggal bersama di Bukit Antarabangsa.

“Rumah itu turut didiami ibu tiri dan empat adik tiri mangsa. Suspek dipercayai merogol remaja itu pada awal pagi ketika ahli keluarga lain sedang tidur,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Jelasnya, suspek juga mempunyai satu rekod jenayah membabitkan kes rogol adik iparnya mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan.

Tambahnya, lelaki itu direman selama tujuh hari berakhir hari ini mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan. -SM

(Visited 505 times, 3 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button