Jenayah

Guru agama rogol 13 pelajar ke tali gantung

SEORANG guru agama di Bandung, Indonesia, Herry Wirawan, 36, dijatuhi hukuman mati atas kesalahan merogol 13 pelajarnya.

Kesemua mangsa adalah dari golongan keluarga miskin.

Perbuatan guru agama itu turut dikategorikan sebagai kes penderaan seksual di sekolah berasrama penuh dan ia mengejutkan seluruh negara.

Perbuatan terkutuk guru agama berkenaan terbongkar apabila keluarga salah seorang mangsa tampil membuat laporan polis di Wirawan.

Laporan itu dibuat setelah mangsa hamil pada tahun lepas.
Susulan daripada pendedahan tersebut, suspek telah menggunakan bayi dan ibunya (mangsa) untuk meminta derma daripada orang ramai.

Perkara itu telah mencetuskan kemarahan seluruh warga Indonesia sehingga mendapat perhatian daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Joko mahu agar pelaku yang bersalah itu diberikan hukuman yang setimpal di atas perbuatannya.

Mahkamah pada awalnya membuat keputusan, Herry dipenjara seumur hidup.

Bagaimanapun selepas pihak pendakwa mengemukakan rayuan, Mahkamah Tinggi di Bandung membuat keputusan, tertuduh dihukum mati.

Herri Swantoro sebagai Ketua Hakim berkata, tertuduh telah melakukan jenayah paling serius kerana bukan sahaja menyakiti mangsa-mangsanya tetapi juga mendera emosi serta menjejaskan masa depan mereka.

Hukuman mati yang diputuskan oleh Mahkamah mengejutkan orang ramai kerana ia merupakan yang pertama dalam sejarah perundangan Indonesia, mahkamah menjatuhkan hukuman mati ke atas tertuduh yang berhadapan dengan kes serangan seksual.

Herry bagaimanapun meminta Mahkamah meringankan hukuman kerana perlu menangung anak-anaknya.

Mangsa-mangsa rogolnya pula akan dibayar pampasan oleh kerajaan bagi meringankan beban. – SM

(Visited 943 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button