Nasionalpilihan

Mujur tak dibunuh ibu sendiri

SEORANG lelaki ditahan kerana mengugut mahu membunuh ibunya dalam kejadian di sebuah rumah flat di Jalan Pandan Indah, pada kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7 malam ketika mangsa, berusia 54 tahun keluar dari bilik untuk ke dapur.

“Pada ketika itu, suspek memegang senjata tajam (gunting) dan mengacukan kepada ibunya serta mengugut bahawa mahu membunuhnya. Suspek juga mendakwa yang mangsa bukan ibunya.

“Mangsa yang ketakutan telah belari masuk ke dalam bilik. Ketika kajadian, hanya mangsa dan seorang lagi anaknya yang berusia 9 tahun berada di dalam rumah,” katanya.

Menurut Mohamad Farouk, mangsa merupakan ibu tunggal dan dikurniakan dua orang anak lelaki berumur 27 (suspek) dan 9 tahun.


Jelasnya, pada kira-kira pukul 2 petang semalam, suspek telah ditahan di lokasi kejadian dan turut dirampas ialah gunting kecil berukuran 4 inci.

“Semakan mendapati suspek masih bujang dan mempunyak 14 rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan dadah dan jenayah.

“Ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya.

Tambahnya, suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga 21 Ogos depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952. -SM

(Visited 187 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button