JenayahNasionalpilihan

Bapa guna anak OKU samun duit RM197

Seperti tidak percaya apabila seorang bapa tergamak menggunakan anaknya berusia 12 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) melakukan jenayah samun di sebuah kedai serbaneka di Taman
Sutera, Batu Berendam, Melaka kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, suspek yang bersenjatakan pisau telah melarikan wang tunai RM197 dan tiga kotak rokok.

Menurutnya, tidak sampai lima jam melakukan jenayah tersebut, suspek yang berusia 32 tahun berjaya dicekup sepasukan polis dari cawangan Siasatan Khas D9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Melaka Tengah.

“Suspek yang tidak bekerja dipercayai mengaburi perbuatannya dengan mempergunakan anaknya yang juga OKU lembam untuk melakukan jenayah tersebut.

“Ekoran penahanan lelaki itu, polis menemui semula wang tunai RM187, sekotak rokok dan pakaian yang digunakan dalam kejadian tersebut,” ujarnya di sini hari ini.

Christopher berkata, hasil siasatan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan dua kes jenayah dan satu kes dadah.

Ekoran penahanan suspek itu katanya, polis berjaya menyelesaikan satu kes curi cincin dipercayai membabitkan suspek yang sama.

Katanya, lelaki direman selama empat hari bermula 24 Disember, manakala anaknya dibebaskan dengan jaminan polis.

Ujarnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompak berkumpulan menggunakan senjata yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat
jika sabit kesalahan. – SM

(Visited 71 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button