Politik

Banyak Penduduk Kongsi Masalah Ketika Sesi Ramah Mesra – Cikgu Muna

Calon wanita Perikatan Nasional, Maimunah Safwah Musa terus mendekati dan menyantuni masyarakat di DUN Jementah bagi memanfaatkan tempoh berkempen PRN Johor.

Maimunah atau lebih dikenali sebagai ‘Cikgu Muna’ hadir ke Rumah Rakyat Jementah untuk mendengar perkongsian permasalahan dihadapi penduduk setempat.

“Pagi tadi saya ke Rumah Rakyat Jementah. Sesampainya di sana, penduduk kawasan tersebut berkongsi permasalahan yang telah lama mereka hadapi berkenaan saluran parit yang tersumbat setiap kali hujan lebat turun.

“Kesannya air akan naik ke atas dan melimpah masuk ke rumah mereka. Masalah ini sudah bertahun-tahun berlaku, malangnya masih belum ada tindakan daripada mana-mana pihak setakat ini.

“Sudah pasti masalah sebegini tak boleh dibiarkan. Saya akan cuba ikhtiarkan jalan penyelasaian sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat,” katanya di sini.

Beliau yang merupakan calon Perikatan Nasional N.02 Jementah menyeru kepada semua masyarakat DUN Jementah untuk berani melakukan perubahan.

“Sepanjang tempoh berkempen dua minggu ini, saya secara peribadi rasa sangat bertuah dapat menyantuni penduduk-penduduk di Jementah.

“Segala aduan, permasalahan, dan keperluan yang diajukan insyaAllah saya akan letakkan sebagai keutamaan.

“Justeru itu, saya Cikgu Muna, calon Perikatan Nasional di N.02 Jementah dengan rendah hati ingin menyeru kepada semua pengundi N.02 Jementah agar dapat memberikan undi kepada saya. Saya yakin warga Jementah berani untuk lakukan perubahan,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button