Politik

Kerajaan Yang Hendak Dibentuk Harus Tidak Terpalit Dengan Pelbagai Isu

Setiap pengundi mesti memikirkan tujuan mereka keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor esok adalah untuk membentuk sebuah kerajaan negeri baharu yang berintegriti, bersih, cekap dan prihatin, kata Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau menegaskan, kerajaan negeri yang hendak dibentuk juga perlu dipastikan tidak terpalit dengan isu-isu penyalahgunaan kuasa serta rasuah.

“Pengundi di Johor ini mesti membuat keputusan yang tepat supaya hajat dan nawaitu mereka untuk membentuk kerajaan yang baik itu termakbul dan dimakbulkan oleh Allah SWT.

“Untuk itu, mesti ada pertimbangan-pertimbangan yang perlu dibuat oleh kita sebagai pengundi untuk menentukan hasrat dan hajat kita tercapai,” katanya.

Justeru, Muhyiddin menegaskan, hanya barisan kepemimpinan berintegriti yang mampu menerajui kerajaan negeri yang berintegriti. Ini dimulakan dengan memastikan semua calon Perikatan Nasional mengangkat sumpah untuk menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Kenapa calon-calon parti-parti lain yang bertanding tak buat yang sama (angkat sumpah)? Kenapa mereka tak buat? Kenapa UMNO dan BN tak buat?

“Waktu Dr Chong (calon Perikatan Nasional di DUN Tangkak) buat (angkat sumpah), saya duduk di depan. Kalau UMNO nak buat, mesti Datuk Seri (Ahmad) Zahid Hamidi duduk depan. Mahu ke dia duduk depan?” katanya ketika ceramah di DUN Tangkak hari ini.

Katanya, calon-calon BN mungkin akan mengangkat sumpah tetapi Presidennya yang berada di depan mereka sudah banyak melakukan perkara sehingga beliau didakwa di mahkamah.

Sementara itu, di N10 DUN Tangkak menyaksikan calon Perikatan Nasional, Dr Chong Fat Full bertanding lima penjuru dengan calon Barisan Nasiona, Pakatan Harapan, Pejuang dan Bebas.

Muhyiddin menyifatkan Dr Chong seorang yang cukup berani bertanding di DUN yang begitu mencabar.
“Dia kata, ‘saya nak bertanding di Tangkak’ dan saya setuju,” katanya.

Kredit: Info Johor

(Visited 181 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button