Nasional

Bank Rakyat hulur bantuan setengah juta ringgit kepada mangsa banjir

Bank Rakyat memperuntukkan bantuan khas berjumlah RM500,000 bagi meringankan beban mangsa yang terjejas akibat bencana banjir di beberapa negeri di seluruh negara.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bantuan khas ini dapat memberikan manfaat kepada individu dan perniagaan di sekitar kawasan yang terjejas termasuk Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Selangor dan Johor.

“Antara keperluan asas yang disalurkan menerusi peruntukan khas ini termasuk makanan dan minuman, ubat-ubatan serta barangan keperluan harian seperti selimut dan lampin pakai buang.

“Bantuan ini akan diagihkan menerusi pejabat wilayah dan cawangan Bank Rakyat khususnya di sekitar kawasan yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Wan Junaidi, inisiatif ini merupakan salah satu usaha Bank Rakyat sebagai bank prihatin dalam menjaga hal kebajikan masyarakat di samping memenuhi keperluan dan keselesaan mangsa banjir yang kehilangan tempat tinggal dan memerlukan barangan keperluan asas.

Jelasnya, Bank Rakyat juga sentiasa komited dalam melaksanakan usaha bagi memulangkan semula keuntungan Bank yang diperoleh saban tahun kepada masyarakat khususnya kepada golongan asnaf dan B40.

Tambahnya, beiau juga berharap bantuan kepada lebih 20,000 mangsa banjir iaitu daripada lebih 6,000 buah keluarga di sekitar kawasan yang terjejas dapat membantu mereka meneruskan kegiatan harian seperti biasa. -SM

(Visited 478 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button