Nasional

Balai polis Ampang dibuka semula selepas proses sanitasi dilakukan

BALAI polis Ampang yang ditutup selepas 11 orang anggotanya disahkan positif Covid-19 telah dibuka semula hari ni.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata, balai tersebut memulakan operasinya hari ini kira-kira pukul 4 petang tadi.

“Kita telah mengaktifkan semula pengoperasian Balai polis Ampang kepada orang awam bagi urusan membuat laporan polis dan permohonan rentas daerah atau negeri serta urusan-urusan lain.

“Tindakan ini diambil selepas proses sanitasi secara total dibuat ke atas balai dan tersebut dan juga semua bahagian di Ibu pejabat Polis Daerah( IPD Ampang Jaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kerja-kerja sanitasi telah dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pihak badan bukan kerajaan (NGO).

Tambahnya, orang awam diminta untuk terus kekal memastikan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipatuhi semasa berurusan di balai.

Semalam, Mohamad Farouk memberitahu terdapat 11 anggota polis di balai terbabit dikesan positif Covid-19, manakala sejumlah anggota serta kakitangan awam lain diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri.

Jangkitan berkenaan dipercayai berpunca daripada beberapa kes orang kena tahan (OKT) yang didapati positif, ketika tangkapan dilakukan atas pelbagai kesalahan jenayah. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button