Belang Bertempat

Azmin Ali: Jadilah Ketua Pembangkang yang bisa

SUDAH pernah duduk dan rasa jadi kerajaan, tibalah masanya duduk sebagai pembangkang dan bukannya bangkang dari longkang sebaliknya bangkang untuk bertindak sebagai check and balance dalam Dewan Undangan Negeri Selangor atau Sidang DUN.

Itulah ‘rezeki’ Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilantik dan dimasyhurkan sebagai Ketua Pembangkang bagi penggal pertama Mesyuarat DUN Ke-15.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Azmin dengan harapan yang menggunung disandarkan oleh rakyat Negeri Selangor ke atas bahu beliau.

Dengan pelantikan Azmin tidaklah kerajaan negeri yang ditadbir di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari adalah sebuah kerajaan negeri YES MEN!

Sama-sama rakyat Negeri Selangor lihat sama ada Sidang DUN Ke-15 ini panas atau suam-suam kuku selepas Azmin dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

Rata-rata pengundi yang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, DUN Hulu Kelang mahu melihat Azmin sebagai anak jantan yang berani mengutarakan, memberi pandangan dan membangkang apa yang perlu demi kesejahteraan rakyat Selangor.

Azmin memang rajin turun padang walaupun ketika beliau tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam Jemaah Menteri Kabinet sebelum PRN lalu.

Apabila rajin turun padang dan mendengar keluhan rakyat secara lisan maka tentunya Azmin tidak pekak dan sebagai bekas Menteri Ekonomi, mesti ada strategi yang mantap dan padu untuk memperbaiki tahap kehidupan rakyat negeri Selangor.

Bekalan beras, telor ayam, minyak masak masih belum ada jalan penyelesaian yang mana peniaga-peniaga makanan meluahkan rasa sukarnya untuk mendapatkan bekalan makanan asas atau ruji bagi rakyat Malaysia.

Tak kisahlah Azmin dibawah lambang Perikatan Nasional (PN) pun kali ini asalkan beliau mampu bertindak bijak membantu ekonomi anak-anak Negeri Selangor.

Pelantikan Azmin sebagai Ketua Pembangkang sudah diketahui sejurus diumumkan oleh Speaker, Lau Weng San usai proses mengangkat sumpah 56 ADUN selesai.

DUN Selangor kata Wen San menerima surat daripada PN pada 15 September lalu untuk mencalonkan Ketua Pembakang.

Awal bismillah, PN Selangor membentuk 10 Jawatankuasa portfolio berperanan check and balance atau semak dan imbang dengan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Azmin sendiri mengetuai portfolio Kewangan, Ekonomi, Tanah dan Sumber Alam. Di atas kertas, memang sesuailah portfolio yang dipegang oleh beliau.

Itu atas kertas tetapi pada hakikatnya rakyat Selangor mahu melihat penterjemahan dalam erti kata harga barang-barang asas dikawal secara berkesan.

Bekalan makanan ada, food security untuk rakyat Negeri Selangor terjamin dan bukannya bagi ‘gula-gula’ contohnya kata-kata DALAM TEMPOH SEBULAN, MASALAH BERAS PUTIH TEMPATAN AKAN SELESAI!

Pasukan Azmin juga ada Datuk Dr Halim Tamuri menjaga portfolio Pendidikan dan Sumber Manusia. Datuk Seri Jamil Salleh dipertanggungjawabkan portfolio Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Infrastruktur.

Dr Afif Bahardin menjaga portfolio Kesihatan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim manakala Muhammad Muhaimin Harith Abdullah Sani diletakkan di portfolio Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Industri Digital.

Portfolio Generasi Muda dan Sukan dipertanggungjawabkan kepada Muhammad Hilman Rao Abdullah

Portfolio Generasi Muda dan Sukan dipertanggungjawabkan kepada Muhammad Hilman Rao Abdullah dan Idham Nushi Mahfodz di portfolio Agama Islam dan Pembangunan Desa.

Nurul Syazwani Noh menjaga portfolio Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Perpaduan, Sallehein Mukhyi (Pertanian dan Industri Agromakanan) dan portfolio Pelancongan dan Kebudayaan Warisan Melayu dibawah Datuk Noorazley Yahya.

Idham Nushi Mahfodz di portfolio Agama Islam dan Pembangunan Desa.

Azmin memaklumkan bahawa portfolio berkenaan akan dibantu tiga jawatankuasa lain yang akan dianggotai ADUN yang tidak mengetuai mana-mana porfolio berdasarkan pengalaman dan latar belakang masing-masing.

Kalau lembu dipegang pada tali, Azmin Ali kita pegang kepada kata-katanya yang berbunyi, “inilah pendekatan yang kami akan ambil pada sesi-sesi DUN akan datang yang mana ikrar dan janji kami kepada rakyat untuk memberikan khidmat yang terbaik melalui perbahasan dan perbincangan dalam dewan negeri Selangor.” – SM

BACA Azmin Ali bukan orang asing di DUN Hulu Kelang

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button