pilihanSukanUncategorized

Azizulhasni, rakan-rakan dapat basikal baharu untuk ke Olimpik

JAGUH berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang dan rakan-rakannya yang akan beraksi di Olimpik Paris mendapat suntikan semangat tambahan apabila mendapat basikal baharu hari ini.

Basikal  WX-R Vorteq versi olimpik itutelah diperkasakan melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) Institut Sukan Negara (ISN).
Dianggarkan bernilai RM385,800 sebuah, basikla tersebut difahamkan tampil dengan teknologi tinggi yang dinaik taraf bagi mencari ‘kelebihan kecil’ di atas trek sekali gus meningkatkan peluang Malaysia untuk mendapatkan pingat.
Selain Azizulhasni, ia akan turut digunakan oleh Muhammad Shah Firdaus Sahrom serta Nurul Izzah Izzati Mohd Asri apabila menyertai latihan di Belgium pada bulan ini dan Sepanyol sebelum terbang ke Paris.
Azizulhasni berkata beliau bagaimanapun bersifat terbuka biarpun hanya akan mula merasai pengalaman menggunakan basikal tersebut beberapa minggu sebelum ke Paris.
“Mereka hendak pastikan semuanya dibuat dengan sempurna sebelum basikal itu diserahkan dan saya pun tak tergesa-gesa sangat sebab masih ada basikal yang sebelum ini untuk digunakan.

“Tetapi kebiasaannya basikal baharu ini akan dicuba satu bulan sebelum ke Olimpik iaitu di Sepanyol dan Belgium nanti,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Team MAS sempena Sukan Olimpik Paris 2024 di Majlis Sukan Negara (MSN) di Kuala Lumpur hari ini.

Skuad berbasikal trek difahamkan akan menerima lima buah basikal berteknologi tinggi itu dengan Mohd Azizulhasni dan Shah Firdaus masing-masing menerima dua manakala Nurul Izzah sebuah untuk digunakan di Velodrome de Saint-Quentin-en-Yvelines nanti.
Azizulhasni dalam masa sama menepis dakwaan kehadiran basikal baharu tersebut bakal memastikan Malaysia mampu meraih kejayaan diinginkan pada temasya paling berprestij di dunia itu.
“Ini kita panggil teknologi sukan. Sekarang ini, kita sudah sama par dari sudut teknologi dengan mereka. Itu memberikan keyakinan tambahan buat kami apabila mempunyai peralatan yang terbaik,” katanya. – SM
(Visited 16 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button