Jenayah

Awas ancaman keganasan baru sedang mendekati Malaysia

PADA permulaan tahun baru, dua insiden teruk berlaku berturut-turut di Amerika Syarikat (AS) iaitu letupan Cybertruck di hotel Trump International, Las Vegas, Nevada, dan rempuhan trak pikap di New Orleans, Louisiana. Kedua-dua insiden ini menunjukkan bahwa keadaan keganasan global semasa ini sangat serius, bahkan dalam negara kuasa besar seperti AS.

Ini mengingatkan saya kepada kejadian keganasan di Thailand pada tahun 2015. Disebabkan ketidakpuasan terhadap kerajaan Thailand yang mengembalikan pendatang asing tanpa izin yang beretnik Uyghur, Pergerakan Islam Turkestan Timur (ETIM) melakukan letupan bom di persimpangan Ratchaprasong, berdekatan dengan Kuil Erawan dan pusat beli-belah Bangkok.

Pengeboman berkenaan menyebabkan 20 orang terbunuh dan 125 orang cedera, yang sebahagian besar dari Malaysia, Thailand, China, Indonesia dan Singapura. Antaranya lima orang maut daripada sebuah keluarga Malaysia yang sedang melancong di Bangkok dan hanya dua orang selamat. Dua orang ini bukan hanya mengalami kecederaan serius, tetapi juga menderita kematian anggota keluarga. ETIM telah dianggap sebagai pertubuhan keganasan oleh Majlis Keselamtan PBB sejak tahun 2002 dan dimasukkan ke dalam senarai pertubuhan keganasan negara kita sejak tahun 2014.

Letupan Cybertruck di hotel Trump International, Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat. Foto dari Alcides Antunes

Tidak syak lagi ini merupakan sebuah tragedi teruk yang berlaku sepuluh tahun lepas,  dan tragedi yang serupa mungkin akan berlaku lagi di bumi kita. Setakat ini, ETIM dan ahli-ahlinya masih aktif di peringkat antarabangsa. Baru-baru ini, satu organisasi yang mempunyai hubungan erat dengan ETIM, iaitu Kesatuan Antarabangsa Pertubuhan Turkistan Timur (IUETO), telah bersedia untuk menubuhkan cawangan di Malaysia.

Pengerusi IUETO, Hidayet Oguzhan, juga memegang jawatan pemimpin di EITM. Menurut Institute for Strategic Research at the Military School (IRSEM) yang di bawah Kementerian Pertahanan Perancis, organisasi utama yang memainkan peranan pemimpin di dalam IUETO iaitu East Turkistan Education and Solidarity Association (ETESA) ditubuhkan oleh bekas anggota ETIM. Selain itu, pemimpin ETIM, Abduqadir Yapchan memegang sumber media IUETO bagi mengyampaikan suara melalui media yang dikawal oleh IUETO (mouthpiece media) dan dia juga sering diundang untuk menghadiri aktiviti IUETO.

Bendera Pergerakan Islam Turkestan Timur – Foto dari Wikipedia

Tahun ini ialah Tahun Peringatan Ke-10 Kejadian Letupan Bangkok. Ahli keluarga mangsa dalam kejadian ini menerima temu ramah media.

“Insiden yang berlaku pada sepuluh tahun yang lalu telah menjadi luka yang tak akan padam dalam hati saya. Saya tidak pernah tidur dengan selesa dalam sepuluh tahun ini dan sentiasa mencederakan diri sendiri tanpa kawalan,” kata seorang ahli keluarga mangsa.

“Masih tak cukupkah mereka membunuh orang di Thailand, sekarang mahu membunuh di Malaysia juga, adakah Malaysia boleh membenarkan organisasi yang membantu jenayah pembunuhan bagi membina cawangan di negara ini?” dia mengatakan dengan kecewa apabila diketahui IUETO akan menubuhkan cawangan di Malaysia, dan IUETO berkaitan rapat dengan pertubuhan secara langsung menyebabkan pengalaman hidup buruknya.

“Negara kita merupakan sebuah negara yang tinggi tolorensi, aktif mempertahankan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia. Saya tegas menentang organisasi seperti ini menubuhkan cawangan di Malaysia, derita saya serta ahli keluarga saya ini masih belum menjadi peringatan? Kerajaan mesti menolak permohonan IUETO untuk menubuhkan cawangan di negara ini,” kata seorang ahli keluarga mangsa lain dengan marah.

Dalam hal ini, pakar anti keganasan menyatakan bahawa disebabkan IUETO dan ETIM mempunyai hubungan rapat, jika IUETO menubuhkan cawangan di Malaysia, terdapat kemungkinan cawangan ini akan mempertahankan hak asasi etnik uyghur melalui kekerasan, serta merancang serangan keganasan yang akan mengancam keselamatan negara. Pihak berkuasa harus bersikap waspada tinggi terhadap gerakan IUETO di Malaysia dan berhati-hati dalam mengurus permohonan pendaftaran cawangannya.

Sebelum ini, IUETO dilaporkan telah membangunkan hubungan rapat dengan NGO tempatan seperti ABIM, GPM dan MAPIM, dan IUETO sering melaksanakan aktiviti- aktiviti bersama NGO tersebut di Malaysia. Ini adalah hal yang sangat berbahaya. Adalah diharapkan NGO tempatan memberi perhatian kepada hal ini dan jangan tertipu atau dieksploitasi oleh NGO luar negeri yang menyamar sebagai etnik uyghur. Kami seharusnya mengambil berat tentang nasib saudara etnik uyghur, tetapi kami tidak boleh membiarkan negara kita menjadi tempat pembiakan keganasan.

(Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. Suara Merdeka tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel ini.)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button