
Boost catat pertumbuhan kukuh pada 2024, sedia kumpulan perbankan digital serantau
Boost, peneraju teknologi kewangan (fintech) serantau, mengakhiri 2024 dengan nota cemerlang, mencapai sasaran utama yang mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai pemimpin transformatif dalam lapangan kewangan digital.
Dengan fokus terhadap inovasi, kebolehsampaian, dan keterangkuman kewangan, Boost terus menambah baik produk-produk yang ditawarkan, membina ekosistem bersepadu yang memberdayakan individu dan perniagaan kecil.
Memandang ke hadapan, Boost kini mempercepatkan langkah untuk beralih menjadi kumpulan
perbankan digital serantau, dengan visi jelas untuk mencorak sempadan baharu dalam perbankan digital dan perkhidmatan kewangan di Asia Tenggara.
Menurut laporan e-Conomy SEA 2024 1 , sektor perkhidmatan kewangan digital (DFS) Asia Tenggara dijangka menjana pendapatan sebanyak $33 bilion, dipacu oleh penggunaan pembayaran QR dan pinjaman digital yang meluas.
Boost telah memanfaatkan pertumbuhan ini dengan memperoleh deposit berjumlah lebih daripada RM700 juta
dalam enam bulan pertama operasi, manakala Boost PayFlex mengagihkan lebih daripada RM240 juta sejak dilancarkan.
Pencapaian ini membuktikan kebolehan Boost untuk menawarkan solusi kewangan yang inovatif dan seiring dengan citarasa pengguna. Mengukuhkan lagi posisi sebagai platform yang dipercayai, Boost mencatatkan Nilai
Transaksi Kasar (GTV) yang mengagumkan, dengan jumlah transaksi tahunan mengatasi RM5.6 bilion.
“Tahun 2024 menandakan pencapaian penting untuk Boost, mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju fintech yang kini telah memperluaskan rangkaian perkhidmatan kami untuk merangkumi produk dan perkhidmatan perbankan.
“Pertumbuhan kami mencerminkan kepercayaan pengguna dan rakan kerja kami, di samping permintaan
solusi kewangan digital inovatif yang semakin meningkat.
“Dengan memperluaskan rangkaian perkhidmatan kami termasuk pembiayaan, perkhidmatan gerbang pembayaran, deposit, dan pelaburan yang ditawarkan melalui pendekatan kewangan embedded, kami berada pada kedudukan unik untuk menjana impak bermakna untuk perniagaan kecil dan pengguna individu, bersamaan fasa kami berkembang ke arah menjadi kumpulan perbankan digital serantau.
“Dengan ekonomi digital Asia Tenggara yang berkembang pesat, Boost kekal komited untuk menawarkan solusi kewangan digital Pada Jun 2024, Boost Bank, bank digital anak jati Malaysia yang pertama dilancarkan dengan matlamat mencetuskan revolusi akses kewangan untuk komuniti yang kurang atau tidak menerima perkhidmatan perbankan.
“Dengan ciri-ciri mesra pengguna seperti pembukaan akaun RM1, kadar faedah harian yang kompetitif, dan Savings Jar, Boost Bank mendapat perhatian pengguna dalam tempoh singkat, memberdayakan pengguna
untuk mengemudi kewangan mereka dengan lebih baik.
“Penerimaan baik daripada segenap segmen pengguna menunjukkan kebolehan untuk memenuhi keperluan
perbankan moden seiring peredaran masa, sambil memupuk keterangkuman kewangan pada skala nasional.
Onboarding yang mudah juga telah meletakkan Boost Bank sebagai pendahulu sektor perbankan embedded, di mana 80% daripada pengguna mengakses perkhidmatan melalui app Boost, menandakan kebolehan Boost untuk berintegrasi dengan mudah ke dalam aktiviti kewangan harian pengguna.
“Faktor utama pertumbuhan ini ialah ciri-ciri inovatif dan kerjasama strategik dengan pemain-pemain utama seperti MYDIN, CKS Retail, Servay, Bataras, dan Farley, selain penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama,
CelcomDigi.
“Perkhidmatan ini terbukti memenuhi citarasa pengguna, dan jika digabungkan, merangkumi 40% deposit keseluruhan sejak dilancarkan.
“Pelancaran Boost Bank merupakan langkah penting dalam perjalanan kami untuk mentakrif semula keterangkuman kewangan.
“Boost Bank bukan sahaja batu tanda untuk kami, tetapi juga untuk Malaysia. Ini tidak hanya melibatkan deposit atau akaun; sebaliknya, ia melibatkan pembinaan platform yang benar-benar memperkasakan individu dan perniagaan untuk berkembang maju.
“Kami berbangga dengan kerjasama strategik yang membolehkan kami mencapai segmen yang kurang mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan.
“Melalui strategi utama ini, kami telah membolehkan komuniti-komuniti ini beralih kepada perbankan digital. Dengan menyatukan solusi digital inovatif dengan pemahaman mendalam berkaitan komuniti penerima perkhidmatan kami,
“Kami membuka lembaran baharu dalam merangka konsep perbankan. Dengan solusi inovatif perbankan digital, kami berusaha membuka peluang ekonomi yang lebih besar di seluruh negara, memastikan tiada sesiapa ketinggalan,” kata Fozia Amanulla, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Bank. – SM