PRK

Autonomi UMNO Sabah penting untuk politik negeri

KUASA autonomi yang ada pada UMNO Sabah amat penting dengan senario politik di negeri ini sebagai mewakili penduduk tempatan.

Tetapi pada masa sama ia ada hubungan dengan nasional.

Ini dapat dilihat ketika pemilihan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis. Di mana jelas autonomi berkenaan telah berjalan dan ia satu langkah permulaan yang baik.

Oran di Sabah mahukan sebuah parti tempatan tetapi mempunyai hubungan yang rapat dengan nasional.

Ini kerana politik Sabah tidak boleh dipisahkan secara keseluruhannya dengan politik nasional.

“UMNO Sabah adalah ‘hybrid’ yang terbaru, bentuk yang terbaru di mana ia adalah parti nasional tetapi mempunyai akar umbi dan dikenali sebagai parti tempatan dan memperjuangkan hak-hak negeri Sabah yang diminta oleh rakyat Sabah,” katanya Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan seperti yang dipetik daripada UMNO-Online.

Katanya, setakat ini belum ada satu parti di negara ini seperti UMNO Sabah.

https://youtu.be/RdP5mz66HVo

Ini katanya, memberi kelainan kepada rakyat Sabah.

“Mudah-mudahan rakyat negeri ini dapat menghargai perkara berkenaan.

“Kita mempunyai dua kekuatan… hubungan dengan semenanjung tetapi mempunyai status parti tempatan yang mana dapat memperjuangkan hak-hak rakyat negeri Sabah tanpa takut, tanpa gentar.

“Kalau perlu kami ketengahkan berlainan dengan UMNO pusat, itu pun kita boleh buat dalam waktu-waktu tertentu,” ujarnya.

Mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, Abdul Rahman yang juga Ketua UMNO Bahagian Tuaran memberitahu calon yang diketengahkan oleh Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Mohamad Alamin amat tepat.

“Calon BN yang lebih dikenali Datuk Moh anak tempatan dan mempunyai kelulusan yang baik. Latar belakang keluarga yang baik malahan beliau seorang anak muda yang boleh bekerja kuat.

“Beliau akan dapat memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat di Kimanis jika diberikan peluang pada 18 Jan nanti,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button