Nasional

Auditorium PSNZ dijenamakan semula sebagai Auditorium Sulaiman

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila ahli Majlis Pengurusan Universiti (MPU) bersetuju menjenamakan Auditorium Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (Auditorium PSNZ) kepada nama baharu iaitu Auditorium Sulaiman.

Pada tahun 2007, KUSTEM secara rasminya telah dinaiktaraf menjadi UMT dan beliau telah dilantik sebagai Naib Canselor pertama UMT sehingga tahun 2009.

Sepanjang perkhidmatan beliau di UMT, banyak kejayaan yang telah berjaya diperoleh oleh warga UMT di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dr. Marinah Mohd Ariffin, nama Auditorium Sulaiman itu adalah bagi menghargai sumbangan dan jasa besar Profesor Emeritus Datuk Dr. Sulaiman Md Yassin yang merupakan Naib Canselor pertama UMT.

Profesor Emeritus Datuk Dr. Sulaiman Md Yassin yang memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia telah dilantik sebagai rektor Kolej Universiti Sains Teknologi Malaysia (KUSTEM) bermula tahun 2004 sehingga tahun 2007.

“Majlis ini diadakan bagi tujuan mengiktiraf tokoh pentadbiran UMT yang telah berjasa dalam membangunkan UMT. Nama-nama tokoh berkenaan akan diletakkan di infrastruktur UMT yang ada diantaranya menjadi mercu tanda UMT.

“Kita sudah ada Dewan Sultan Mizan, Auditorium Mahyuddin dan Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail. Jadi sangat bertepatan denganmaksud tersebut, diletakkan nama tokoh pentadbiran UMT kepada Auditorium PSNZ, dan dinamakan sebagai Auditorium Sulaiman bersempena nama tokoh yang diraikan ini.

“Ini adalah usaha UMT bagi mengiktiraf sumbangan tokoh dengan meletakkan nama pentadbir yang pernah
membina asas dan hala tuju sehingga UMT kini menjadi sebuah institusi yang tersohor,”kata Dr. Marinah.

Auditorium yang terletak di aras satu bangunan Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah telah mula beroperasi pada tahun 2004 itu mampu menampung seramai 250 pengunjung.

Selain menjadi tumpuan utama bagi pelbagai aktiviti di kalangan warga UMT, auditorium itu turut menyediakan perkhidmatan sewaan auditorium bagi kegunaan persendirian, swasta dan jabatan/agensi kerajaan. – SM

(Visited 58 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button